SUKAN
TFC kutip tiga mata penuh, benam Kelantan TRW 4-1
Pemain Terengganu FC (TFC), Yann Mabella meledak 'hatrik' ketika menentang Kelantan The Real Warriors FC (TRW) pada saingan Liga Super 2025/2026 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi. - Gambar Bernama
KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) memanfaatkan sepenuhnya aksi di laman sendiri untuk menewaskan Kelantan The Real Warriors FC (Kelantan TRW) 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di sini, malam tadi.
TFC bermula garang apabila berjaya merobek gawang pasukan pelawat seawal minit kesembilan, namun jaringan itu dibatalkan selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesan Rainderson Morais atau Careca berada dalam kedudukan ofsaid.
Skuad bimbingan Badrul Afzan Razi yang berterusan melancarkan serangan akhirnya membuahkan hasil apabila pemain pertahanan import Diego Landis menjaringkan gol pertama TFC pada minit ke-22.
Gol itu berpunca daripada sepakan percuma Nurillo Tukhtasinov yang gagal ditepis keluar penjaga gol Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri.
Tujuh minit kemudian, gawang pasukan pelawat bocor lagi. Kali ini menerusi Nurillo Tukhtsinov yang hanya melambung bola dalam gawang ketika penjaga gol dalam keadaan tidak bersedia.
Pada minit ke-40, pasukan tuan rumah yang sejak awal menguasai permainan terus melebarkan jurang apabila menjaringkan gol ketiga melalui ayam tambatan Yan Mabella, yang bijak menyempurnakan hantaran lintang Muhammad Azam Azmi Murad untuk mendahului 3-0.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat yang ketinggalan bangkit memperkemas jentera serangan dan berjaya memperoleh gol menerusi pemain gantian T. Saravanan pada minit ke-51.
Bagaimanapun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Mabella mencetak gol kedua peribadi dan gol keempat pasukan pada minit ke-72, sekali gus menjadikan kedudukan 4-1.
TFC memperoleh beberapa peluang keemasan untuk menambah gol pada minit-minit akhir perlawanan, namun gagal disempurnakan ekoran ketumpulan jentera penyudah dan keputusan itu kekal sehingga wisel penamat.
Selepas mengharungi tujuh perlawanan, TFC berjaya mengumpul 13 mata untuk menghuni tangga ketiga liga, manakala Kelantan TRW di tangga keenam dengan lapan mata.
-- BERNAMA