awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu

Bernama
Bernama
08/02/2023
21:15 MYT
TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu
Beberapa portal sukan sebelum ini mendakwa Akhyar (gambar) bakal dipinjamkan ke skuad Penyu musim ini bagi menggantikan Faisal Halim yang berpindah ke Selangor FC. - Gambar fail BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC), Ab Rasid Jusoh menafikan berita mengaitkan perpindahan pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke Terengganu.
Menurut Ab Rasid berita tersebut sekadar khabar angin kerana tiada sebarang perbincangan antara TFC dengan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.
Beliau berkata pihaknya hanya mengetahui perkembangan tersebut melalui portal dan media sosial yang belum dipastikan kesahihannya.
"Saya tidak tahu menahu perkara itu (perpindahan Akhyar Rashid)....hanya khabar angin di media sosial," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.
Beberapa portal sukan sebelum ini mendakwa Akhyar yang kerap memanaskan bangku simpanan skuad Harimau Selatan bakal dipinjamkan ke skuad Penyu musim ini.
Kehadiran pemain berusia 24 tahun itu dikatakan bagi menggantikan pemain sayap lincah, Faisal Halim yang berpindah ke Selangor FC musim ini.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akhyar Rashid
#perpindahan
#Ab Rasid Jusoh
#Terengganu FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan