awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam, EU naik taraf hubungan di tengah ancaman terhadap orde berasaskan peraturan
9.5 juta hilang tempat tinggal di Sudan, krisis terbesar dunia - UNICEF
Badan Bahasa Indonesia pergiat usaha hidupkan semula bahasa Melayu di Kepulauan Riau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TFC perlu pemain import baharu - Ketua jurulatih

Bernama
Bernama
07/12/2025
04:45 MYT
TFC perlu pemain import baharu - Ketua jurulatih
Badrul Afzan berharap beberapa tonggak baharu dapat dibawa masuk oleh pihak pengurusan pada jendela perpindahan kedua pada Januari depan terutama di posisi serangan. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) memerlukan tenaga import baharu bagi memperkuat pasukan dalam mengharungi baki Liga Malaysia (Liga M) yang masih panjang, iaitu hingga Mei depan.
Ketua jurulatihnya Badrul Afzan Razali berharap beberapa tonggak baharu dapat dibawa masuk oleh pihak pengurusan pada jendela perpindahan kedua pada Januari depan terutama di posisi serangan.
Beliau akan berbincang dengan bahagian teknikal TFC bagi menilai semua aspek keperluan untuk dikemukakan kepada pihak pengurusan.
"Setakat ini pemain tempatan tiada masalah. Saya puas hati dengan prestasi mereka dan tidak ada masalah kecederaan jangka panjang.
"Sekarang ini kita perlu pemain import baharu untuk mantapkan pasukan dan bersaing dalam liga. Jadi saya akan bincang balik dengan pasukan teknikal untuk lihat apa yang perlu ditambah dan jadi kekuatan pasukan," katanya ketika dihubungi hari ini.-- LAGI
SUKAN-TFC (IMPORT) 2 (AKHIR) KUALA TERENGGANU
Sementara itu, Badrul Afzan berkata penjaring terbanyak skuad Penyu Yann Mabella berkemungkinan besar tidak dapat beraksi hingga akhir musim berikutan kecederaan lutut dialaminya.
Beliau berkata proses penyembuhan pemain berdarah Perancis itu mengambil masa lebih lama berbanding jangkaan awal sekitar enam minggu.
"Ketiadaan Mabella dalam beberapa perlawanan sebelum ini sememangnya dirasai bukan sahaja oleh pasukan, malah penyokong skuad Penyu dan diakui sedikit sebanyak merencatkan perancangan.
"Penyerang import lain masih belum dapat mencapai tahap diharapkan. Tetapi untuk sementara ini kita terpaksa menggunakan apa yang ada," katanya.
TFC ketika ini berada di tangga kelima Liga Super di belakang Selangor FC dengan 15 mata daripada 10 perlawanan.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TFC
#badrul afzan razali
#Liga Malaysia
#pemain import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan