SUKAN

TFC rekrut penyerang import baharu hadapi saingan Liga Malaysia

Bernama 04/07/2025 | 03:45 MYT
Sebelum ke Terengganu, Mabella bermain untuk Racing FC Union di Luxembourg dan mewakili skuad kebangsaan Congo. - FB Terengganu FC
KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) terus memperkukuh barisan serangan dengan kemasukan seorang lagi pemain import kelahiran Perancis Yann Kevin Mabella untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/26.


Ringkasan AI
  • Yann Kevin Mabella, penyerang kelahiran Perancis berusia 29 tahun, menyertai Terengganu FC untuk musim Liga Malaysia 2025/26 dengan kontrak semusim.
  • Sebelum ke Terengganu, Mabella bermain untuk Racing FC Union di Luxembourg dan mewakili skuad kebangsaan Congo, dengan rekod 22 gol dalam 29 perlawanan musim lalu.
  • Kehadirannya sebagai pemain import keempat memberi lebih opsyen taktikal kepada pasukan kerana versatilitinya bermain di posisi penyerang dan sayap.


Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata pemain berusia 29 tahun itu telah menandatangani kontrak semusim dengan skuad Penyu.

Beliau berkata sebelum berhijrah ke Terengganu, pemain berketinggian 1.83 meter itu beraksi bersama kelab Racing FC Union di Liga Luxembourg dan mewakili skuad kebangsaan Congi dalam beberapa siri perlawanan antarabangsa termasuk kelayakan Piala Afrika.

"Yann (Yann Kelvin Mabell) pemain import keempat yang kita tandatangani untuk musim ini selepas Nurillo Tukhtasinov, Junior Ngong Sam dan Gabriel Silva Costa.

"Antara faktor pemilihan beliau ialah prestasi cemerlangnya yang telah menjaringkan 22 gol dalam 29 perlawanan di Liga Luxembourg musim lepas dan menjadi watak penting dalam kelayakan Europa Conference League," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Syahrizan berkata kehadiran Mabella dapat memberi lebih pilihan taktikal kepada jurulatih kerana keupayaannya untuk beraksi di bahagian hadapan dan sayap.

-- BERNAMA



#Terengganu FC #pemain import #Yann Kevin Mabella #kelahiran Perancis #Liga Malaysia