awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TFC resah tanpa pemain tonggak import berdepan Kedah FC

Bernama
Bernama
02/07/2023
22:00 MYT
TFC resah tanpa pemain tonggak import berdepan Kedah FC
Tomislav Steinbruckner mengakui ketiadaan Ivan Mamut dan Argzim Redzovic meresahkannya apabila kedua-dua pemain itu digantung satu perlawanan susulan menerima kad merah pada perlawanan menentang JDT pada 17 Jun lalu. - Gambar fail BERNAMA
KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) menghadapi cabaran getir berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam esok, selepas empat pemain import tidak dapat diturunkan.
Ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner mengakui ketiadaan dua tonggak import, Ivan Mamut dan Argzim Redzovic meresahkannya apabila kedua-dua pemain itu digantung satu perlawanan susulan menerima kad merah pada perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 17 Jun lalu.
Selain itu, katanya, Sardor Kulmartov dan Syafiq Ismail masih dibelenggu masalah kecederaan manakala Jordan Mintah diketepikan daripada skuad utama dan akan beraksi dengan pasukan Terengganu FC II kerana masalah disiplin.
Steinbruckner berkata bagi mengimbangi ketiadaan pemain di beberapa posisi, beliau membawa masuk tiga pemain daripada skuad bawah 23 tahun.
"Kami telah mengadakan dua sesi latihan dan akan melihat apa yang boleh dilaksanakan mengikut perancangan diatur. Saya harap semua pemain dapat memberi tumpuan 100 peratus," kata pengenadli kelahiran Croatia itu selepas sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, hari ini.
Menurutnya, perlawanan ke-15 Liga Super itu malam esok amat penting untuk memastikan skuad Penyu mengutip tiga mata sekali gus memperbaiki kedudukan lebih baik di carta liga.
TFC ketika ini menduduki tempat kelapan Liga Super dengan 20 mata manakala KDA FC, di bawah bimbingan Nafuzi Zain, di tangga keempat dengan 28 mata. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#Kedah Darul Aman FC
#Liga Super
#Tomislav Steinbruckner
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan