awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TFCSB kumpul RM9 juta tajaan untuk musim 2023

Bernama
Bernama
01/01/2023
23:15 MYT
TFCSB kumpul RM9 juta tajaan untuk musim 2023
Ab Rasid bercakap pada majlis memeterai perjanjian penajaan 2023 dengan syarikat Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd di Pejabat TFCSB, di Kuala Nerus, semalam. - Facebook Terengganu FC
KUALA NERUS: Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) setakat ini menerima tajaan berjumlah RM9 juta melibatkan 15 syarikat bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh, berkata pihaknya juga telah membelanjakan sebanyak RM23 juta bagi menguruskan dua pasukan utama dan akademi bola sepak TFCSB musim lalu.
Bagaimanapun perbelanjaan tersebut dijangka meningkat sehingga RM28 juta musim ini iaitu peningkatan antara 20 hingga 30 peratus memandangkan jumlah perlawanan Liga-M yang bertambah dan juga saingan Piala AFC.
Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian penajaan 2023 dengan syarikat Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd di Pejabat TFCSB, di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi TFCSB, Sabri Abas dan Pengarah Urusan, Sabasun HYPErRUNCIT, Che Salmi Che Ibrahim.
Ab Rashid berkata selain tajaan, TFCSB turut memfokuskan kepada aktiviti penjanaan pendapatan melalui jualan jersi dan cenderamata, kutipan tiket perlawanan serta pas keahlian bermusim bagi menampung perbelanjaan musim ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TFC
#Tajaan
#Ab Rasid Jusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan