SUKAN
Thierry Henry penerima anugerah Personaliti Sukan Terbaik tahun ini
BBC berkata Henry diberikan anugerah itu "sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasanya kepada dunia sukan serta impaknya sama ada di dalam atau di luar padang." - Instagram Arsenal
LONDON: Bekas penyerang Perancis dan Arsenal Thierry Henry, diumumkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2025 pada acara Personaliti Sukan Terbaik BBC Tahun Ini, lapor PA Media/dpa.
Henry, 48, dianggap sebagai antara pemain terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris hasil pencapaiannya sepanjang lapan musim bersama Arsenal. Beliau juga pernah beraksi bersama Monaco dan Barcelona.
Beliau merupakan tonggak utama pasukan Arsenal yang dikenali sebagai "Invincibles" yang mencatat rekod tanpa kalah dalam musim 2003 - 2004. Bersama Perancis, kejayaannya termasuk memenangi Piala Dunia 1998 dan Kejohanan Eropah 2000.
Dalam satu kenyataan, BBC berkata Henry diberikan anugerah itu "sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan luar biasanya kepada dunia sukan serta impaknya sama ada di dalam atau di luar padang bola sepak," dengan piala berkenaan akan disampaikan pada siaran langsung acara itu pada Khamis.
Henry berkata: "Bola sepak memberikan saya segalanya dan saya memberikan yang terbaik. Untuk diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarahnya menerusi anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ini, serta meninggalkan kesan kepada peminat dan rakan sepasukan, adalah sesuatu yang tidak akan saya ambil mudah."
--BERNAMA-PA MEDIA/dpa