KUALA TERENGGANU: Tiga pemain import Korea Selatan menjadi taruhan Terengganu Hockey Team (THT) bagi menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.
Presiden Persatuan Hoki Terengganu, Mohd Fikri Harun berkata mereka terdiri daripada Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.
Beliau berkata selain itu sandaran turut diletakkan kepada ketua jurulatih hoki baharu THT, Seo Jongho yang berpengalaman luas dan pernah menggalas tugas sebagai penolong jurulatih THT untuk menerajui pasukan.
"Pasangan adik beradik, Mohd Faizal Saari dan Mohd Fitri Saari masih setia dengan skuad The Turtles musim ini.
Turut kekal ialah tiga pemain kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Othman, Mohammad Marhan Mohd Jalil dan Muhammad Arif Syafie Ishak," katanya pada majlis pelancaran jersi, memperkenalkan penaja dan pemain sempena MHL 2023 di sini, semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Mohd Fikri berkata kehadiran tiga import baharu itu diharap dapat membantu THT mencapai sasaran meraih gelaran trebel musim ini.
Menurut beliau pihaknya percaya perubahan taktikal yang akan dilaksanakan ketua jurulatih akan membolehkan THT merampas kembali Piala TNB yang terlepas ke tangan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tahun lepas.
"Setakat ini kita diberitahu oleh barisan kejurulatihan yang kehadiran dua import remaja Korea Selatan, Hoil dan Seung Ho memberi impak bagus kepada pasukan.
Kita harap impak tersebut berterusan dan THT dapat menjulang kembali Piala Sumbangsih dan mempertahankan gelaran juara MHl yang dimenangi tahun lepas," katanya.
Dalam pada itu Mohd Fikri berkata untuk tahun ini juga, pasukan hoki wanita Terengganu, Terengganu Ladies Hockey Team-Majlis Sukan Negeri Terengganu (TLHT-MSNT) akan kembali mewarnai saingan MHL selepas dua tahun menyepi.
Walau bagaimanapun katanya sasaran tinggi tidak diletakkan kepada pasukan TLHT-MSNT kerana penyertaan mereka lebih kepada memberi pendedahan bagi atlet muda.
"Kita gabungkan TLHT-MSNT untuk beri pendedahan kepada atlet Sukan Malaysia (Sukma) yang akan beraksi pada temasya itu pada 2024," katanya.
Dalam pada itu Wan Sukairi berkata kerajaan negeri telah menambah suntikan dana sebanyak RM2.5 juta kepada Persatuan Hoki Negeri Terengganu tahun ini berbanding RM2 juta tahun lepas.
"Penambahan sebanyak RM500,000 ini untuk menampung perbelanjaan akademi pembangunan hoki negeri yang baru ditubuhkan dan juga untuk penganjuran sebuah kejohanan bertaraf antarabangsa pada 9 Ogos nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

Mohd Fikri berkata kehadiran tiga import baharu itu diharap dapat membantu THT mencapai sasaran meraih gelaran trebel musim ini.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

THT pertahan kejuaraan Divisyen Premier MHL
Terengganu Hockey Team (THT) mengesahkan kejuaraan Divisyen Premier MHL buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan TNB 3-2.

Jong Hyun wira THT pertahankan Piala Sumbangsih MHL 2023
THT berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih dalm saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 selepas menundukkan TNB 4-3.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Liga Hoki Malaysia: Tiga pemain THT perlu kemuka surat pengesahan bebas COVID-19
Ketiga-tiga pemain terbabit adalah Faisal Saari; Abd Khalid Hamirin (penyerang) serta Shello Silverius (pemain tengah).

LHM: Tiga kes positif COVID-19 gugat persiapan THT
Keputusan ujian calitan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap usaha KHM membentuk gelembung sukan menjelang aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 11 Mac ini.

Piala TNB: THT ulangi kejayaan, raih kejuaraan berganda
Pada aksi final penuh dramatik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, THT kendalian Sarjit Singh meraih kemenangan 5-4 ke atas Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada penentuan penalti.