awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada acara sukan pelik di Sukan SEA 2017

Astro Arena
Astro Arena
06/11/2013
05:29 MYT
Tiada acara sukan pelik di Sukan SEA 2017
Majlis Sukan Negara (MSN) akan tetap dengan pendiriannya, untuk memastikan temasya Sukan SEA menjadi medan persediaan buat kontinjen negara bersaing di temasya sukan yang lebih tinggi.
Justeru, Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong mengesahkan kebanyakan sukan yang akan dipertandingkan adalah sukan yang dipertandingkan di peringkat Sukan Olimpik.
"Kita sentiasa konsisten dengan menjadikan Sukan Sea ini sebagai medan untuk kita menyediakan atlet-atlet kita ke temasya sukan yang lebih tinggi seperti Sukan Asia, Komanwel dan juga Olimpik.
Kita tidak akan mempertandingankan sukan bermusim yang hanya merugikan kita daripada kewangan, masa dan sebagainya," kata Zolkples.
Dalam beberapa temasya Sukan SEA sebelum ini dan juga yang bakal berlansung di Myanmar Disember ini, terdapat beberapa acara sukan rakyat yang dipertandingkan dan kerap kali hanya memberi kelebihan buat negara tuan rumah.
Justeru, pendekatan MSN jelas satu usaha positif dalam usaha meningkatkan tahap sukan-sukan utama di kalangan negara serantau.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi mengesahkan, cadangan kesediaan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 akan dibawa ke Mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) pada 10 Disember ini di Myanmar.
Topic Berkaitan
#MSN
#Sukan Olimpik
#Sukan SEA
#Zolkples Embong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan