KETUA jurulatih Kelantan United, Tomas Trucha, tidak berselindung dengan kegagalan anak buahnya mengatasi kemarau kemenangan dalam Liga Super 2023.
Pelawat yang turun dengan misi memburu kemenangan sulung musim ini sebaliknya tumbang 0-2 kepada PDRM di Stadium MBPJ, petang semalam, sekali gus skuad Kijang Emas kekal di dasar liga.
"Saya berang dan kecewa. Kami sudah buat perancangan terhadap perlawanan.
"Kami berikan gol kepada PDRM, kemudian malangnya hujan pula turun dan ia merencatkan permainan kami.
"Saya tidak percaya dengan statistik sebaliknya pengamatan saya berdasarkan penguasaan perlawanan termasuk angka hantaran ke dalam kotak penalti. Tapi saya rasa aktiviti di bahagian serangan menjadi pemutus perlawanan ini," katanya.
Menurutnya lagi: "Kami tidak cukup agresif di dalam kotak penalti, tidak cukup tenang dan kurang berkemahiran tetapi pihak lawan pula sentiasa tampak bahaya dalam setiap kesempatan.
"Kami perlu teruskan latihan tetapi sudah pasti kami perlu buat perubahan.
"Kami sentiasa bercakap tentang bola sepak yang bagus, bermain hantaran rendah tapi liga ini ditentukan oleh keputusan.
"Jadi kami perlukan berbuat sesuatu dan lakukan usaha berbeza."
Astro Arena
Sun Mar 19 2023

TOMAS: Kami tidak cukup agresif di dalam kotak penalti, tidak cukup tenang dan kurang berkemahiran, pihak lawan pula sentiasa tampak bahaya dalam setiap kesempatan. - Gambar fail/Facebook Kelantan United Football Club

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Kemenangan sulung Penang FC tunjuk tanda positif
Selepas kemenangan malam tadi, Harimau Kumbang akan beri lebih tumpuan untuk menentang pihak lawan dalam pertembungan seterusnya.

JDT terus gah di persada liga
Arif Aiman membuka jaringan pada minit ke-20 apabila bijak menggelecek ke dalam kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Sabah.

JDT yakin terus dominasi, perhitungan 'Raja Lembah Klang' KL-Selangor
SELEPAS lebih seminggu Liga Super berehat, minggu ini saingan kembali dengan menampilkan susunan perlawanan mengagumkan.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Juara Liga Super bakal terima RM2.4 juta
Pengenalan sistem agihan itu turut membolehkan enam kelab teratas tidak termasuk juara, meraih lebih RM1 juta.

Dos Santos selesa bermain dengan peranan baharu bersama pasukan kebangsaan
Dos Santos, tidak berdepan sebarang kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainan Harimau Malaya walaupun beliau diberikan peranan berbeza daripada kebiasaannya.

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong - Darren
Harimau Malaya bersedia melakukan corak permainan lebih pantas seperti dimahukan Kim Pan Gon apabila Malaysia bertemu Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 Selasa depan.

'Tak usah pertikai 12 kad merah'
Pihaknya puas hati dengan setiap keputusan yang dibuat pengadil dalam melayangkan semua kad merah itu, menganggapnya satu tindakan tepat.

Gantung pengadil: FAM adakan siasatan menyeluruh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan siasatan menyeluruh terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria dalam masa terdekat.

Tiada guna main cantik tapi keputusan tidak menyebelahi Kelantan United
Pelawat yang turun dengan misi memburu kemenangan sulung musim ini sebaliknya tumbang 0-2 kepada PDRM.