Brazil mahu membuktikan kecederaan Neymar bukan kekangan kepada pasukan Amerika Selatan itu beraksi di perlawanan akhir nanti.

Banyak usaha telah dilakukan oleh penyerang Barcelona untuk pasukan tuan rumah untuk mencapai misi untuk menjulang Piala Dunia di tanah air mereka dan kini mereka haru melakukan tanpanya ketika menentang Jerman di Estadio Mineirao.

Brazil yang kini hanya perlu memenangi dua perlawanan untuk menjulang piala di tanah air telah tersentak apabila melihat Neymar diusung keluar pada babak terakhir perlawanan ketika menang menentang Colombia yang membelenggu semua pihak.

Rempuhan yang dilakukan Juan Camilo Zuniga telah menyebabkan bintang muda itu retak tulang belakang dan memberikan impak yang negatif buat semua penyokong Selecao.

Ketua pasukan Thiago Silva juga tidak akan beraksi kerana digantung satu perlawanan selepas dilayangkan kad kuning ketika menentang Colombia.

Brazil
Pasukan Brazil sedang menjalani latihan terakhir sebelum bertemu Jerman di separuh akhir - (AP Photo/Leo Correa)

Pemain tengah Chelsea Willian dan Ramires dilihat sebagai calon utama menggantikan Neymar termasuk Hernanes dan Bernard, manakala pemain pertahanan Bayern Munich Dante akan beraksi di kesebelasan utama.

Jerman yang memasuki pusingan separuh akhir dikritik hebat kerana mempamerkan aksi yang hambar ketika menentang Algeria di pusingan kalah mati, tetapi mereka berjaya meyakinkan semua pihak ketika menentang Perancis.

Mat Hummels menjaringkan gol tunggal perlawanan pada separuh masa pertama dan berjaya raih empat slot terakhir di Brazil.

Joachim Low berhasrat untuk menghapus kenangan 12 tahun lalu apabila Jerman tewas kepada Brazil di perlawanan akhir di perlawanan akhir di Yokohama.

"Kami tahun betapa kuat Brazil," ujar Low.

"Mereka adalah pasukan kegemaran dari mula lagi dan pemainnya berjaya mempamerkan aksi yang baik."

"Kemenangan mereka di Piala Konfederasi tahun memberikan suntikan moral untuk berjuang dan tekanan tidak mengganggu mereka."

Argentina atau Belanda akan menjadi menjadi lawan mereka ketika perlawanan akhir di Maracana. -- Astro Arena