[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
SPORTS

Tiada pelumba Malaysia dalam MotoGP 2022

Astro Arena 19/11/2021 | 02:54 MYT
Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan Syarifuddin Azman akan beralih ke MotoGP musim depan. - Gambar fail Astro ARENA
BUAT pertama kalinya sejak 2009, tiada wakil Malaysia di pentas Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.
Perkara itu disahkan selepas penganjur MotoGP, Dorna Sport, mengeluarkan senarai lengkap pelumba musim 2022 termasuk kategori Moto2 dan Moto3.
Ini juga bermakna pelumba SIC Racing, Syarifuddin Azman, yang dicanang ke saingan Moto3, juga gagal, biarpun sebelum ini wujud perbincangan dengan Petronas SRT.
Bagaimanapun, pasukan itu dirombak susulan pertukaran penajaan.
#MotoGP 2022 #pelumba Malaysia #Kejohanan Motosikal Dunia #sukan permotoran