awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada surat rasmi dari FIFA, Liga Indonesia didakwa menipu

Astro Arena
Astro Arena
11/08/2025
04:45 MYT
Tiada surat rasmi dari FIFA, Liga Indonesia didakwa menipu
Peminat bola sepak Indonesia terus mendesak supaya LIB mendedahkan surat rasmi daripada FIFA. - Stadium Astro
KONFLIK terhadap larangan untuk penonton pasukan lawat menghadiri perlawanan di stadium dalam saingan Liga Super Indonesia musim 2025/26 semakin berlarutan apabila peminat menggesa Liga Indonesia Baru (LIB) untuk mendedahkan butiran rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ringkasan AI
  • Konflik memuncak apabila peminat Liga Super Indonesia musim 2025/26 mendesak Liga Indonesia Baru (LIB) untuk mendedahkan surat rasmi daripada FIFA berhubung larangan kehadiran penyokong pasukan lawan di stadium.
  • LIB menjelaskan bahawa larangan tersebut masih berkuat kuasa bagi menjamin keselamatan pemain dan penyokong, susulan insiden akhir musim lalu.
  • Ferry Paulus menyatakan bahawa arahan FIFA tidak diberikan secara bertulis tetapi berdasarkan keputusan tersirat menimbulkan keraguan dalam kalangan peminat yang terus menuntut ketelusan.

Persoalan terus bermain, peminat ragu-ragu dengan pengurusan LIB yang tidak menjelaskan perkara sebenar.
Terdahulu, Pengarah Utamanya, Ferry Paulus, mengumumkan badan induk dunia itu masih belum memberikan kelonggaran terhadap larangan berkenaan.
Tambahnya, sekatan masih dikenakan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang dengan misi mengekalkan keharmonian perlawanan bola sepak dan menjamin keselamatan pemain dan penyokong di dalam dan luar padang.
Menjawab kepada desakan kumpulan penyokong khususnya dari pasukan Persib Bandung (Bobotoh), Ferry Paulus menegaskan bahawa arahan tersebut tidak datang dalam bentuk surat.
Malah, semua perlu memahami konteks secara tersirat berpandukan keadaan semasa.
Direktur Utama I.League, Ferry Paulus menanggapi permintaan Bobotoh terkait bukti surat larangan suporter tandang dari FIFA. Ia menegaskan bahwa arahan dari federasi sepak bola dunia itu tidak datang dalam bentuk surat tunggal yang eksplisit. "Ya, sebenarnya secara implisit kan pic.twitter.com/9bjs3YbOjX
— Bola (@Bolanet) August 9, 2025
"Ya, sebenarnya ia sudah jelas secara tersirat.
"Sewaktu tragedi di Kanjuruhan, mereka (FIFA) hadir dan membuat keputusan demi kebaikan semua," katanya.
Ferry Paulus juga mendedahkan bahawa pihaknya sedia merombak semula peraturan itu dengan membenarkan semua lapisan penyokong hadir ke stadium semula menjelang musim baharu, namun semuanya bertukar gelap apabila melihat situasi perlawanan akhir membabitkan Persib Bandung menentang Persis Solo pada penghujung musim 2024/25.
"Kami sudah mendapatkan lampu hijau untuk memberi keizinan, tetapi kejadian itu memberi impak supaya arahan larangan diteruskan sehingga diberitahu kelak," katanya lagi.
Begitupun, peminat membanjiri komen dan terus mendesak supaya LIB mendedahkan surat rasmi daripada FIFA, namun masih belum ada pengesahan setakat ini. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Liga Indonesia Baru
#FIFA
#larangan untuk penonton menghadiri perlawanan
#surat rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan