Penari kecil molek daripada kumpulan Tagap Dance Theatre, Nurasilah Adibah Abdul Rashid tidak menyangka penyertaan kali keduanya dalam pertandingan Tarian Piala Dunia di Sitges, Barcelona Jun lepas memberi pengalaman yang sangat berharga buat dirinya.
Dalam pertandingan itu Nurasilah Adibah, 14, dinobatkan sebagai pemenang anugerah 'Most Outstanding Solo National' selain membawa pulang masing-masing satu pingat emas, perak dan gangsa.
"Saya terkejut dan tidak sangka boleh menang anugerah itu sebab persaingan di sana bukan calang-calang (orang yang menyertainya)," katanya ketika ditemui media selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini semalam.
Pelajar Sekolah Menengah Maktab Sabah itu berjaya memenangi pingat emas bagi kategori 'Children Solo National Folklore', 'Junior Small Group National Folklore' (perak) dan 'Junior Small Group Hip Hop' (gangsa).
Anak bongsu daripada empat beradik itu turut mengakui walaupun telah aktif menari sejak berumur sembilan tahun namun bukan mudah menghayati tarian yang dibawanya ketika menyertai pertandingan itu.
"Alhamdulillah dengan bantuan koreografer, saya berjaya membuat persembahan dengan baik," katanya.
Tahun lepas, Nurasilah turut menyertai pertandingan itu yang diadakan di Jerman namun tidak memenangi sebarang pingat.
Sementara itu, Ketua Kontinjen merangkap koreografer Tagap Dance Theatre Mohd Azizan Danial, 24, bangga kerana dari 46 buah negara, Malaysia menduduki tangga keenam apabila berjaya membawa pulang enam pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.
Beliau berkata sebanyak 21 kategori dipertandingkan termasuk balet, hip hop dan tradisional.
Katanya penari lain termasuk dari SK Pekan Kiulu, SJKC St James, Likas, Persatuan Tobilong Sabah Bersatu (TOBISA-Windbreeze) dan The Kookie Family yang berjaya meraih anugerah 'Most Outstanding Group'.
"Seramai 64 peserta termasuk seorang dari Putrajaya menyertai pertandingan itu dan Tagap Dance Theatre hanya menghantar 15 peserta sahaja," katanya.
Pertandingan pada 22 hingga 30 Jun yang diadakan pada setiap tahun itu dimenangi oleh tuan rumah Sepanyol, naib juara England dan tempat ketiga Portugal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 05 2018
Nurasilah Adibah bersama ibunya Rabiah Ahmad berkongsi kegembiraan dengan anugerah yang diperolehnya dalam pertandingan akhir Tarian Piala Dunia di Sitges Barcelona Sepanyol baru-baru ini. --fotoBERNAMA
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tidak sangka menang anugerah dalam pertandingan tarian Piala Dunia
Dalam pertandingan itu Nurasilah Adibah, 14, dinobatkan sebagai pemenang anugerah 'Most Outstanding Solo National' selain membawa pulang masing-masing satu pingat emas, perak dan gangsa.