Tiga bintang PSG positif COVID-19, Neymar dipercayai salah seorang

Nursyazwani Saiful Sham
September 2, 2020 14:36 MYT
Perkara itu diumumkan kelab tersebut pada Rabu menerusi perkongsian di Twitter rasmi mereka. -REUTERS
TIGA pemain Paris Saint-Germain (PSG) yang tidak dinamakan disahkan positif COVID-19.
Perkara itu diumumkan kelab tersebut pada Rabu menerusi perkongsian di Twitter rasmi mereka.
Menurut kelab tersebut, tiga pemain disahkan positif selepas menjalani ujian saringan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.
Pada masa sama, kesemua pemain dan pengurus kelab tersebut akan terus menjalani ujian saringan berterusan.

Three @PSG_English players are confirmed positive after a Sars CoV2 test and have undergone the appropriate health protocols. All players and staff will continue to be tested over the next few days.

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) September 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, memetik tweet Piers Morgan, tiga pemain PSG yang disahkan positif itu adalah Neymar, Angel Di Maria, dan Leandro Paredes.
Mereka dilaporkan positif selepas menghabiskan cuti mereka bersama di Ibiza.

BREAKING: Neymar & 2 other PSG players (Di Maria & Paredes) test positive for Covid-19 after holiday in Ibiza. pic.twitter.com/dHkgW1dm5m

— Piers Morgan (@piersmorgan) September 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, kelab tersebut mengumumkan pada Isnin, dua pemainnya yang tidak dinamakan menunjukkan simptom COVID-19.
PSG dijangka akan mempertahankan gelaran Ligue 1 mereka di Lens pada 10 September.
Peraturan liga menetapkan sesi latihan pasukan mesti dibatalkan jika kelab mempunyai empat kes positif dan perlawanan mungkin terpaksa ditangguhkan.
#COVID-19 #Neymar #Paris #Paris Saint Germain #positif #PSG