SUKAN
Tiga kemungkinan sebab FIFA lambat umum keputusan rayuan
Tarikh 30 Oktober yang disebut sebagai tarikh keputusan bukan janji rasmi FIFA, sebaliknya dinyatakan oleh peguam FAM. - Gambar fail
KEPUTUSAN rayuan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai hukuman kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara yang masih belum diumumkan bukanlah sesuatu yang pelik.
Ringkasan AI
Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli berkata, kelewatan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor biasa dalam proses perundangan dan pentadbiran FIFA.
“Mungkin ada beberapa sebab keputusan FIFA masih belum keluar. Pertama, mereka memerlukan masa untuk meneliti fakta serta hujah undang-undang yang telah dikemukakan oleh pihak terbabit,” katanya.
Menurutnya, faktor kedua mungkin disebabkan kesibukan jawatankuasa FIFA yang turut mengendalikan pelbagai kes lain yang tiada kaitan dengan rayuan FAM dan pemain warisan.
“Ketiga, mereka juga perlu masa untuk menulis keputusan dengan teliti," katanya.
Nik Erman menjelaskan, kelewatan mengumumkan keputusan bukan sesuatu yang luar biasa dalam sistem perundangan atau tatatertib badan antarabangsa seperti FIFA.
“Dalam undang-undang, penangguhan bicara atau keputusan yang lewat dikeluarkan adalah perkara biasa dan tidak semestinya membawa maksud tertentu," ujarnya.
Sebelum ini, FAM telah mengemukakan rayuan kepada FIFA berhubung hukuman yang dijatuhkan tersebut dan peguam mewakili badan induk bola sepak itu, Serge Vittoz berkata keputusan akan dapat diketahui pada 30 Oktober iaitu Khamis lalu.
Namun, keputusan tersebut masih belum diumumkan FIFA sekali gus mencetus tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak negara.
Dalam pada itu, pemerhati sukan tempatan, Datuk Pekan Ramli berkata, tarikh 30 Oktober itu bukan dijanjikan oleh FIFA sebaliknya keluar dari mulut Vittoz.
"Saya rasa tak ada pun FIFA kata nak keluarkan keputusan itu pada tarikh 30 Oktober. Apa yang kita tahu mesyuarat itu berlangsung pada tarikh tersebut.
"Cumanya lepas mesyuarat itu ada prosesnya dalam mengeluarkan keputusan sebabnya ini bukan mesyuarat biasa-biasa.
"Ia perlu mendapatkan pengesahan dan diteliti oleh Jawatankuasa Rayuan. Bila dah selesai semua, barulah ia akan diumumkan," katanya.
Ringkasan AI
- Keputusan rayuan FAM dan tujuh pemain warisan kepada FIFA yang masih belum diumumkan dianggap tidak luar biasa, kerana proses perundangan dan pentadbiran FIFA lazimnya memerlukan masa untuk meneliti fakta serta hujah undang-undang yang dikemukakan.
- Kelewatan juga mungkin berpunca daripada kesibukan jawatankuasa FIFA yang mengendalikan pelbagai kes lain, serta keperluan untuk menyediakan keputusan bertulis yang teliti dan lengkap sebelum diumumkan secara rasmi.
- Tarikh 30 Oktober yang disebut sebagai tarikh keputusan bukan janji rasmi FIFA, sebaliknya dinyatakan oleh peguam FAM. Proses selepas mesyuarat termasuk pengesahan dan penelitian oleh Jawatankuasa Rayuan sebelum keputusan dimuktamadkan.