awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pemain badminton para negara menang di Dubai

Bernama
Bernama
04/04/2021
15:14 MYT
Tiga pemain badminton para negara menang di Dubai
Cheah mengungguli acara SU5 selepas mengalahkan pemain Indonesia Dheva Anrimusthi 14-21, 22-20, 21-18 dalam perlawanan yang berlangsung lebih satu jam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain badminton paralimpik negara memenangi tiga gelaran di Kejohanan Antarabangsa Badminton Para Fazza-Dubai di Emeriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.
Juara Dunia perseorangan lelaki enam kali Cheah Liek Hou mengungguli acara SU5 (Berdiri/ kemerosotan anggota badan atas) selepas mengalahkan pemain Indonesia Dheva Anrimusthi 14-21, 22-20, 21-18 dalam perlawanan yang berlangsung lebih satu jam.
Perlawanan akhir Kategori WH1 (kerusi roda) pula menyaksikan Muhammad Ikhwan Ramli menewaskan David Toupe dari Perancis 23-21, 21-13, menurut laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF); https://bwfpara.tournamentsoftware.com.
Sementara Noor Azwan Noorlan memenangi perseorangan lelaki WH2 (kerusi roda) selepas mengalahkan Rick Cornell Hellman dari Jerman 18-21, 21-18, 21-12, pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam tujuh minit.
Bagaimanapun Didin Taresoh yang bertanding dalam kategori gabungan SH6, terpaksa berpuas hati di tempat kedua, selepas tewas kepada Nagar Krishna dari India 17-21, 18-21 pada perlawanan akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BWF
#badminton
#Indonesia
#Dubai
#UAE
#kerusi roda
#pemain badminton
#Paralimpik
#Kejohanan Antarabangsa Badminton Para Fazza-Dubai
#menang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan