SUKAN
Tiga pemain baharu 'Malaysian Abroad' dalam perjalanan ke Bukit Jalil termasuk penyerang Olympiacos!
Dua pemain berkenaan merupakan calon yang dicanang-canang sebelum ini, iaitu penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado, dan pertahanan Sabah FC Azerbaijan, Jon Irazabal. - Stadium Astro
TIGA pemain warisan baharu negara dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Bukit Jalil menjelang aksi persahabatan tertutup menentang Cape Verde malam esok.
Ringkasan AI
Dua pemain berkenaan merupakan calon yang dicanang-canang sebelum ini, iaitu penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado, dan pertahanan Sabah FC Azerbaijan, Jon Irazabal.
Selain itu, penyerang Olmpiacos yang sedang dipinjamkan ke Panserraikos, Jefte Betancor, turut dilaporkan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi memperkuatkan Harimau Malaya.
Laman penyokong America de Cali, América Store Colombia, melaporkan Holgado sedang dalam perjalanan untuk mewakili Malaysia, manakala Irazabal juga berkongsi bahawa dia kini sudah berada di Doha, Qatar, yang dilihat sebagai transit sebelum ke Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Betancor turut berkongsi gambar pasport Malaysia miliknya bersama tiket penerbangan sewaktu berada di lapangan terbang.
Kesemua pemain itu dijangka akan melapor diri bersama Harimau Malaya pagi esok dan seandainya ia benar-benar berlaku, ketiga-tiga pemain ini akan menjadi nilai tambah terbaik buat Harimau Malaya menjelang aksi penting pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun ini. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Tiga pemain warisan baru sertai Harimau Malaya: Rodrigo Holgado, Jon Irazabal dan Jefte Betancor dalam perjalanan ke Bukit Jalil menjelang aksi persahabatan menentang Cape Verde.
- Pemain dijangka melapor diri esok: Holgado dilaporkan dalam perjalanan, Irazabal berada di Doha sebagai transit, dan Betancor berkongsi gambar pasport Malaysia serta tiket penerbangannya.
- Penambahan pemain menjelang Kelayakan Piala Asia: Kehadiran ketiga-tiga pemain bakal memperkuatkan skuad Harimau Malaya bagi aksi penting menentang Vietnam pada 10 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil.