awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pemain utama negara layak ke suku akhir

Bernama
Bernama
01/08/2019
21:15 MYT
Tiga pemain utama negara layak ke suku akhir
Aifa Azman (kanan) beraksi ketika menentang Kirstie Wong (kiri) dari Hong Kong dalam kategori wanita pada pusingan keempat Kejohanan WSF World Junior Squash 2019 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, 1 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA
Dua pemain wanita - Aifa Azman dan Chan Yiwen - dan seorang pemain lelaki negara - Siow Yee Xian - berjaya melangkah ke saingan suku akhir Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2019 di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil, di sini, pada Khamis.
Aifa, 17, selaku juara Terbuka Remaja British tiga kali, tidak menghadapi masalah apabila dengan mudah mengetepikan pemain Hong Kong, Kristie Wong, 11-2, 11-3, 11-2 untuk bertemu dengan pemain England, Elise Lazarus, hari ini (Jumaat).
Bagaimanapun, adiknya, Aira, 14, gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada pemain Mesir, Farida Mohamed, 12-10, 12-10, 11-8 dalam pertarungan selama 27 minit.
Dalam pada itu, Yiwen, yang juga juara remaja Asia dua kali, terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan pemain Mesir, Sana Ibrahim 11-8, 8-11, 11-7, 11-7 untuk menentang Farida di saingan suku akhir.
Dalam pada itu, Yee Xian menjadi wakil tunggal lelaki negara dalam saingan suku akhir apabila mengalahkan pemain Amerika Syarika, Nicholas Spizzirri 11-6, 11-6, 11-7 sementara Adam Agan Aziz yang melakukan penampilan sulung terpaksa bertarung selama 70 minit sebelum tumpas kepada pemain Liechtenstein, David Maier 8-11,12-10, 8-11,11-6, 16-14.
Turut menerima nasib sama ialah Duncan Lee yang kalah kepada pemain Kanada, James Flynn 7-11, 2-11, 11-8, 2-11.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aifa Azman
#Bukit Jalil
#Chan Yiwen
#Elise Lazarus
#England
#Farida Mohamed
#Hong Kong
#kejohanan skuasy remaja dunia
#Kristie Wong
#Mesir
#pemain negara
#Siow Yee Xian
#Skuasy
#suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan