Orang ramai yang mendaftar sebagai pemilih di kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Stadium Sultan Abdul Halim esok berpeluang menerima tiket percuma menyaksikan pertemuan Kedah dan Perak dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman malam esok.
Pengerusi Jawatankyasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Badan-badan Bukan Kerajaan Kedah, Aminuddin Omar berkata sebanyak 1,000 tiket disediakan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dengan kerjasama Jaringan Gelombang Merah Kedah (JGMK) untuk tujuan itu.
Kaunter SPR itu dibuka dari 11 pagi hingga 5 petang sempena rumah terbuka Aidilfitri Umno Kedah, katanya pada sidang media, di sini Jumaat.
Aminuddin yang juga Setiausaha KFA, berkata inisiatif itu diambil oleh KFA dan JGMK bagi menggalakkan golongan muda mendaftar sebagai pemilih. DAFTAR PEMILIH BAHARU
"Pada masa yang sama kita juga nak tarik lebih ramai datang ke Stadium Darul Aman untuk memberi sokongan kepada pemain, sekali gus dapat mengembalikan zaman kegemilangan pasukan itu," katanya.
Aminuddin berkata pihaknya akan terus mengedarkan tiket-tiket percuma itu kepada seluruh rakyat di negeri ini menerusi pelbagai program jika ia mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai.
Sementara itu pada pertemuan Kedah menentang Perak di Stadium Darul Aman, esok, Aminuddin berkata KFA akan menurunkan kesebelasan utama yang berjaya mengekang Lions XII di Singapura, Selasa lepas dengan keputusan 2-2.
Katanya sebagai pasukan bukan pilihan beliau yakin skuad Sang Kenari itu mampu untuk memperoleh tiga mata berharga di tempat sendiri.
Mengenai jurulatih baharu Kedah Datuk Ahmad Shafie, Aminuddin melihat keserasian antara jurulatih baharu itu dengan penolongnya Antonio Sisic serta pemain pasukan itu amat baik.
Bernama
Fri Aug 23 2013
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Sanusi cadang SPRM ambil alih KDA FC
Katanya, susulan siasatan SPRM ke atas KFA, penaja yang berminat menaja kelab itu menarik diri.
MB Kedah akan dipanggil bantu siasatan kes rasuah KFA
SPRM akan memanggil Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Kedah optimis tiada lagi isu tunggakan gaji pemain - Sanusi
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) optimis pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, tidak akan dibelenggu dengan isu tunggakan gaji pemain pada musim depan seperti yang dihadapi musim ini.
Isu tunggakan cukai KFA: Kedah akan adakan pertemuan dengan LHDN
Pada 23 September lepas, Persidangan DUN Kedah diberitahu bahawa jumlah tunggakan cukai LHDN bagi KFA kini meningkat kepada RM10 juta.
KDA FC: Penyokong Kedah diharap setuju keputusan Presiden KFA
Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA percaya keputusan presidennya Muhammad Sanusi Md Nor dibuat selepas mempertimbangkan semua aspek teknikal dan perundangan.
Ada kemungkinan berlaku pecah amanah dalam KFA - Exco
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu bahawa terdapat kemungkinan berlaku pecah amanah dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang terdahulu.
Kedah harap Piala Malaysia diteruskan, adakan di Perlis, Pahang atau Kelantan
KFA menzahirkan harapan agar pihak kerajaan dan MKN dapat memberi kebenaran agar Piala Malaysia dapat diteruskan dalam masa terdekat.
KFA langsai tunggakan gaji pemain, pegawai skuad hijau kuning - Presiden
Presiden KFA Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa bayaran gaji tersebut membabitkan tunggakan bagi April, Mei dan Jun tahun ini.
Sanusi beri bayangan letak jawatan Presiden KFA
Jelasnya menerusi satu kenyataan di akaun Facebook miliknya, beliau bercadang menyerahkan tugas dan urusan bola sepak kepada pihak yang lebih layak.
KFA langsai baki tunggakan gaji pemain selama tiga bulan
Dengan pembayaran itu, semua tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan Kedah akan selesai sepenuhnya.