awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan

Bernama
Bernama
19/05/2024
12:33 MYT
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
KDNFC menzahirkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan dua individu terbabit selama enam tahun bersama kelab. - Gambar fail/Stadium ASTRO
KOTA BHARU: Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
KDNFC dalam kenyataan hari itu memaklumkan, Timbalan Presiden KDNFC Datuk Zamri Ismail dan CEO Wan Mohd Zul Ikman, telah melepaskan jawatan masing-masing kerana ingin memberi tumpuan penuh pada urusan lain yang lebih utama.
"Peletakan jawatan mereka adalah demi kebaikan serta rasa tanggungjawab untuk menjaga kepentingan kelab, yang kini telah memulakan perjuangan dalam saingan Liga Malaysia untuk musim 2024/2025.
"Pemergian dua individu penting yang telah membuat banyak pembaharuan memberi sepenuh dedikasi untuk pembangunan kelab, serta meletakkan KDNFC pada kedudukan sekarang agar kekal relevan dalam industri bola sepak Malaysia sejak dijenamakan semula pada 2019, merupakan satu kehilangan besar buat bola sepak Kelantan terutamanya kepada kelab dan pasukan," menurut kenyataan itu.
KDNFC menzahirkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan dua individu terbabit selama enam tahun bersama kelab, bermula daripada saingan Liga M3 sehingga KDNFC berada di Liga Super Malaysia.
"Kami tidak sesekali melupakan segala jasa dan kerahan tenaga daripada kedua-dua individu hebat ini dan mendoakan agar mereka sentiasa diberikan kesihatan, kemudahan dan dilimpahkan segala kebaikan dalam setiap perkara yang mereka lakukan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letak jawatan
#Liga Malaysia
#KDNFC
#kehilangan besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan