BINTANG Borussia Dortmund, Erling Haaland, seharusnya menyertai Bayern Munich atau tinggalkan Bundesliga bagi melanjutkan kariernya, kata Lothar Matthaus.
Penyerang Norway itu meledak dua gol ketika menang 4-0 ke atas Schalke bagi menjadikan bilangan jaringannya kepada 27 dalam semua pertandingan musim ini, hanya di belakang Robert Lewandowski (31).
Haaland turut meledak dua ketika menang 3-2 ke atas Sevilla dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) bagi menjadi pemain pertama untuk meledak 17 gol dalam 13 penampilannya.
Pemain berusia 20 tahun itu hanya berhijrah ke Dortmund Januari lalu tetapi sudah dikaitkan dengan salah sebuah kelab utama Eropah.
Real Madrid, Barcelona, Manchester United, Manchester City dan Chelsea telah dilaporkan berminat dengan Haaland, yang dikatakan perlu mengaktifkan klausa perpindahan sebanyak EURO75 juta menjelang 2022.
Legenda Bayern, Matthaus, berasakan Haaland memiliki dua pilihan pada peringkat ini dalam kariernya, mengejar perpindahan keluar daripada Bundesliga, atau menandatangani bersama juara Jerman itu.
"Pada usia muda, dia seorang penyerang yang tidak saya lihat sebelum ini: bilangan jaringan, kekuatan, semangat, tenaga serta kualitinya," katanya kepada Sport1.
"Dia mampu mengikut jejak langkah barisan pemain terbaik dunia sejak 13 atau 14 tahun yang lalu.
"Dia tidak akan kekal di Borussia Dortmund selamanya. Dia akan mencari kelab yang lebih besar, memperoleh gaji yang lebih banyak. JIka dia kekal di Bundesliga, hanya satu langkah buatnya: Bayern."
Astro Arena
Wed Feb 24 2021
Erling Haaland (kiri) dan Jadon Sancho meraikan kejayaan pasukan mereka ketika perlawanan Bundesliga antara Schalke 04 dan Borussia Dortmund di Veltins-Arena, Gelsenkirchen, Jerman, 20 Feb, 2021. REUTERS
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Kane mahu bawa aura Bundesliga ke UCL
Dalam saingan di pentas Eropah itu, Bayern hanya menang sekali ke atas Dinamo Zagreb sebelum tewas kepada Aston Villa dan Barcelona.
UCL: Aston Villa cipta kejutan tewaskan Bayern Munich
Anak buah Vincent Kompany mendominasi perlawanan tetapi mensia-siakan beberapa peluang terbaik mereka.
EPL: Ia perasaan yang hebat untuk jadi pemain Manchester United - Mazraoui
"Saya tidak sabar untuk ke Old Trafford dengan memakai seragam merah."
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Euro 2024: Trofi bersama England lambang puncak kerjaya - Harry Kane
Harry Kane menaruh impian untuk menamatkan kemarau trofinya dalam Euro 2024.
Perarakan kejuaraan Real Madrid disambut meriah
Real Madrid meraikan kemenangan Liga Juara-Juara mengelilingi ibu kota Sepanyol dalam perarakan bas atas terbuka sebelum berpesta dengan peminat di Bernabu.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Liga Juara-Juara: Real Madrid-Bayern Munich sama handal
Pemain skuad kebangsaan Brazil itu jaringkan gol buat pelawat mendahului perlawanan pada minit ke-24 selepas terima hantaran Toni Kroos.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.