awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional

Bernama
Bernama
10/03/2022
08:28 MYT
TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional
TMJ juga telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia, bagi memastikan Stadium Nasional mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, akan menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebagai hadiah kepada gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers berkata, rumput yang bakal digunakan ialah jenis Zeon Zoysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT di Iskandar Puteri, Johor.
"Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia, bagi memastikan Stadium Nasional mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa.
"Bagaimanapun, saya ingin meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi, dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak," titahnya.
Pada Mac tahun lepas, dilaporkan bahawa kerja-kerja menggantikan rumput jenis 'cowgrass' dengan kos RM10 juta dijangka siap Jun ini.
Kerja-kerja berkenaan turut merangkumi penyelenggaraan padang, sistem pengudaraan, sistem saliran, pencahayaan buatan serta latihan kepada penyelia rumput, dalam usaha memastikan stadium memiliki padang bertaraf antarabangsa.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional bertemu pasukan ranking ke-134 dunia Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti aksi menentang Bahrain (89) pada 11 Jun dan Bangladesh (186) pada 14 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#TMJ taja rumput
#Stadium Nasional
#harimau Malaya
#JDT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan