SUKAN
TMJ bakal melabur di sebuah kelab Bosnia?
Pengaruh Pemangku Sultan Johor dalam arena bola sepak antarabangsa sememangnya tidak boleh disangkal apabila memiliki hubungan erat serata dunia.
PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, disebut sebagai pelabur baharu sebuah kelab dalam Liga Perdana Bosnia and Herzegovina.
Untuk rekod, FK Saravejo mempunyai dua pemilikan bersama antara Ismir Mirvic dan tokoh korporat negara, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.
Ada pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) juga pernah menjalani ujian bersama pasukan itu menerusi kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Julai lalu.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu difahamkan sedang memuktamadkan perjanjian sebagai pelabur ketiga dalam struktur kelab, termasuk berkemungkinan akan mengambil alih sebahagian saham.
Sumber lain menyatakan perbincangan sudah berjalan.
Namun, sehingga kini belum ada pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.
Pengaruh Pemangku Sultan Johor itu dalam arena bola sepak antarabangsa sememangnya tidak boleh disangkal apabila memiliki hubungan erat serata dunia.
Harimau Selatan di bawah naungan TMJ mengadakan langkah kolaborasi bersama johan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Paris Saint-Germain (PSG), dengan perjanjian proaktif.
Pembangunan bola sepak peringkat akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta perkongsian kepakaran dan teknologi menjadi strategi utama perbincangan sebelum ini di antara kedua-dua pasukan. - Stadium Astro