SPORTS

TMJ, Erick Thohir rancang masa depan bola sepak Asia Tenggara

Astro Arena 13/11/2024 | 09:05 MYT
Rancangan masa depan bola sepak Asia Tenggara antara yang dibincangkan TMJ bersama Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir. - Stadium Astro
PERBINCANGAN mengenai bola sepak dan rancangan masa depan menjadi topik bualan di antara Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), bersama Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Pemangku Sultan Johor menerusi laman X selepas mengadakan pertemuan penting dua figura besar dalam arena bola sepak Asia Tenggara.

Terdahulu, memuji kepimpinan Erick Thohir dalam memacu sebuah organisasi bola sepak sehingga berjaya membawa kepada perubahan yang ketara.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Lebih menarik, pemilik Persib Bandung, Glenn Sugita -- yang kini menghuni tangga ketiga Liga utama Indonesia serta wakil dari Valencia (sebuah kelab terkemuka di Sepanyol), Peter Lim, turut menyertai pertemuan tersebut.

"Kami membincangkan tentang bola sepak dan rancangan masa depan yang positif yang bakal mengubah permainan," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City, Stanley Bernard, juga terlibat bagi membincangkan hala tuju bola sepak ASEAN. -- Stadium Astro





#TMJ #JDT #Persatuan Bolasepak Indonesia #Erick Thohir