JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi penceramah undangan dalam perbincangan meja bulat secara digital bersama-sama legenda bola sepak dunia Ryan Giggs, Gary Neville dan Nicky Butt pada Khamis ini.
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dan ketiga-tiga bekas pemain Manchester United berkenaan akan berkongsi pengalaman mengenai latihan dan teknologi berkaitan bola sepak di Asia.
Menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers, perbincangan meja bulat bertajuk "World Class Training with Man United Legends" itu akan diadakan secara maya pada pukul 5.30 petang, 2 Dis.
Menurut kelab bola sepak itu, Tunku Ismail dijemput untuk berkongsi mengenai kelab JDT termasuk fasiliti kelas dunia kelab berkenaan dan Akademi JDT.
"Sesi ini juga bertujuan untuk menunjukkan kepada pemain, jurulatih, pelatih dan ibu bapa tentang apa yang diperlukan untuk berada pada peringkat elit.
Program dua hari anjuran ZujuGP, sebuah laman penstriman dalam talian untuk menghubungkan individu-individu dalam bola sepak kepada peminat seluruh dunia ini, juga bakal menyaksikan legenda bola sepak berbincang mengenai perkara berkaitan Manchester United pada hari Rabu (1 Dis)," kata kelab itu.
Semua sesi akan ditayangkan secara langsung menerusi laman Facebook ZujuGP.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi penceramah undangan dalam perbincangan meja bulat secara digital bersama-sama legenda bola sepak dunia Ryan Giggs, Gary Neville dan Nicky Butt pada Khamis ini. Foto: @hrhcrownprinceofjohor
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Apple dilapor hentikan pengeluaran aksesori FineWoven kerana isu kualiti
FineWoven menggantikan aksesori kulit yang dilihat sebagai tidak lestari dan oleh itu tidak selari dengan sasaran syarikat yang ingin mengurangkan impak ke atas alam sekitar.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Nahas helikopter: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: 10 korban, dua helikopter bertembung
Seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milikTLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini.
Institusi pendidikan pondok perlu tambah nilai kemahiran vokasional, teknikal - Mohd Na'im
Institusi Pendidikan Pondok harus ditambah nilai melalui aspek kemahiran kendiri dalam bidang vokasional dan teknikal kepada para pelajar.
[TERKINI] Perkembangan helikopter terhempas di Lumut
Untuk memahami dari segi teknikal kita bersama;
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ
Tunku Ismail menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan
Tunku Ismail menegaskan JDT sentiasa menjadi pilihan pertama untuk mana-mana pemain beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).
Tunku Ismail mampu bawa Johor capai status negeri maju 2030 - MB
Tunku Mahkota Johor mempunyai visi dan keupayaan memacu hala tuju pembangunan negeri ini selari dengan aspirasi ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Tunku Mahkota Johor terima menghadap PM Anwar
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.
JDT: 'Underdog' tahun depan - TMJ
JDT akan tampil sebagai pasukan bukan pilihan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025 apabila sepak mula dijadual pada awal Mei.
JDT derma RM2.9 juta untuk Palestin dan Yayasan JDT
JDT menderma RM2.9 juta hasil daripada kutipan tiket dan hadiah kemenangan Liga Super kepada bantuan kemanusiaan Palestin dan Yayasan JDT.
TMJ cabar Selangor pecah rekod cemerlang JDT
Prestasi JDT itu jelas terpancar apabila pasukan kendaliannya itu terus memenangi empat musim dalam Liga Super tanpa sebarang kekalahan.
Jangan cemburu atau benci, tetapi kagumi kehebatan JDT - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tiada mana-mana kelab di negara ini yang mampu meniru apa yang telah dilakukan oleh Harimau Selatan.
JDT akan tandatangani tiga atau empat pemain import untuk musim 2024
Johor Darul Ta'zim (JDT) kemungkinan menandatangani tiga atau empat pemain import baharu, musim hadapan.