TMJ makan malam bersama ketua jurulatih Valencia

Astro Arena
Mac 4, 2016 04:03 MYT
Pertemuan tersebut bagi berkongsi idea dalam pelbagai aspek pengurusan dan kemajuan bola sepak antara kedua belah pihak. - Laman Facebook Johor Southern Tigers
PEMILIK pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat makan malam bersama ketua jurulatih Valencia Gary Neville dan penolong jurulatih Phil Neville.
Pertemuan tersebut bagi berkongsi idea dalam pelbagai aspek pengurusan dan kemajuan bola sepak antara kedua belah pihak.
Sebelum ini, Tunku Ismail melawat Camp Nou dan mengadakan perjumpaan dengan Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu.
Malah Bartomeu sendiri berkata bakal membuat lawatan ke Larkin satu hari nanti.
#Istiklol FC #JDT #Johor Darul Takzim #Johor Southern Tigers #Paris Saint-Germain #piala afc #Real Madrid #TMJ #Valencia dan Barcelona