awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ 'pelawa' SPRM periksa kewangan kelab JDT

Bernama
Bernama
07/04/2023
06:32 MYT
TMJ 'pelawa' SPRM periksa kewangan kelab JDT
Menurut Tunku Ismail, kewangan JDT datang daripada penaja, dirinya dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kelab bola sepak yang berminat untuk datang 'memeriksa' serta melakukan audit kewangan termasuk sumber pendapatan dan perbelanjaan skuad Harimau Selatan itu.
Ia sebagai respons Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi ciapan Twitter beliau berhubung tuduhan gaji barisan pemain JDT dibayar oleh 'kontraktor'.
Menurut Tunku Ismail, kewangan JDT datang daripada penaja, dirinya dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
"Ini bukan duit dari Menteri Besar atau duit kerajaan. Bagaimana pula dengan kelab anda?," menurut ciapan Tunku Ismail, pagi ini.
1/3 Alhamdulillah, saya memang dah lama mengalu-alukan soalan seperti ini. Yg pertama saya tak rasa apa2 kerana selama 11 thn dlm industri bola sepak tiada perkara yg baik pun dikatakan tentang JDT. Kami di JDT dah biasa dgn perkara2 sebegini. https://t.co/iMkvoy04CJ
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 6, 2023
Terdahulu, Tunku Ismail berkata beliau sudah lama menunggu soalan berhubung tuduhan terdapat 'kontraktor' membayar gaji pemain-pemain JDT yang dipersoal seorang pemilik akaun Twitter.
JDT, juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, kini menerajui musim 2023 dengan mengumpul 21 mata selepas memulakan kempen dengan cemerlang apabila meraih kemenangan dalam tujuh perlawanan pertama dengan mencetak 30 gol dan bolos hanya sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#TMJ
#SPRM
#audit kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan