KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sentiasa bersedia memberi pelepasan kepada pemainnya mewakili skuad negara sekiranya mana-mana kejohanan yang disertai dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah jika syarat itu dipenuhi, baginda juga tidak teragak-agak meminjamkan fasiliti serta kepakaran dimiliki kelab berkenaan sebagai tanda sokongan penuh kepada skuad Harimau Malaya dalam menghadapi sebarang kejohanan.
"Saya akan sentiasa mengizinkan dan beri sokongan sepenuhnya, tetapi kalau tiada dalam jadual FIFA, bagi pandangan saya sebagai orang yang membayar gaji pemain, benda itu tiada faedah dan membuang masa.
"Jadi kalau kalendar FIFA atau mana-mana pertandingan FIFA, memang bukan sahaja saya memberikan pemain malah sedia tawarkan pasukan kebangsaan apa sahaja teknologi dan fasiliti JDT yang mereka boleh pakai misalnya mereka akan berlatih di Padang Seri Gelam, Johor Bahru malam ini," katanya.
Tunku Ismail berkata demikian pada sidang media selepas berkenan berangkat merasmikan projek penggantian rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), hari ini.
Baginda juga menegaskan semangatnya dalam memberikan sokongan penuh kepada skuad Harimau Malaya tidak berganjak sama sekali.
"Kami beri sokongan penuh kepada pasukan kebangsaan dan apa sahaja program latihan persiapan mereka," katanya.
Kenyataan Tunku Ismail itu sekali gus menepis tanggapan penyokong bola sepak negara sebelum ini bahawa kelab JDT itu tidak mahu melepaskan pemainnya daripada menyertai skuad kendalian Kim Pan Gon.
Isu tersebut turut dibangkitkan penyokong yang melihat JDT seolah-olah tidak mahu melepaskan pemain mereka bagi menghadapi kejohanan Piala AFF 2022 biarpun dipanggil Pang Gon.
Terdahulu, proses penggantian rumput jenis 'Cow Grass' kepada 'Zeon Zoysia' di SNBJ, yang ditaja Tunku Ismail bermula secara rasmi hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Adam Adli Abd Halim.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Baginda juga menegaskan semangatnya dalam memberikan sokongan penuh kepada skuad Harimau Malaya tidak berganjak sama sekali. -Gambar fail/Bernama

Lindsay Lohan, Ne-Yo bayar berpuluh ribu dalam kes promosi kripto
Beberapa selebriti termasuk Lindsay Lohan, Ne-Yo dan Akon bersetuju untuk membayar berpuluh ribu dolar bagi menyelesaikan tuntutan selepas mereka didapati bersalah mempromosikan pelaburan kripto tanpa mendedahkan bahawa mereka dibayar untuk promosi berkenaan.
![[TERKINI] Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat [TERKINI] Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015302/8967789641679560541594_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, hukuman penjara sepanjang hayat dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang.

Pembayaran Terbuka: Bincang perluas ke PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Hypermarket sosial untuk B40 dalam perbincangan
Ia bagaimanapun masih di peringkat konsep dan masih memerlukan masa untuk dibincangkan.

Ramadan: Nak perut 'six-pack'? Ini 5 rutin santai dan sangat berkesan
BULAN yang cukup dinanti-nantikan oleh ramai umat Islam di seluruh dunia.

Kapal tentera laut AS berlabuh di Busan
Persiapan giat dijalankan di kapal tentera laut Amerika Syarikat di Korea Selatan untuk latihan pendaratan Amfibia berskala besar yang pertama antara dua negara itu dalam lima tahun. Latihan itu yang digelar Ssangyong, dilancarkan pada Isnin dan berlangsung sehingga 3 April depan.
![[TERKINI] Annuar Zaini dilantik Pengerusi UDA berkuat kuasa hari ini [TERKINI] Annuar Zaini dilantik Pengerusi UDA berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015298/8967789641679560338560_640x360.jpg)
[TERKINI] Annuar Zaini dilantik Pengerusi UDA berkuat kuasa hari ini
UDA Holdings Berhad (UDA) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd Annuar Zaini sebagai Pengerusi UDA berkuatkuasa hari ini 23 Mac. Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak menggantikan Datuk Norliza Abdul Rahim.

Zahid Lancar Plan Besar Industri Halal 2030
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini melancarkan Buku Plan Besar Industri Halal 20302030 (HIMP 2030), iaitu rangka tindakan untuk menjadikan Malaysia peneraju utama industri halal dunia. Turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Mahkamah Rayuan benar kurangkan ganti rugi kepada waris pemuda mati ditembak
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan dan polis untuk mengurangkan jumlah ganti rugi kepada keluarga tiga pemuda yang terbunuh akibat ditembak dalam kejadian di Shah Alam.

Lacur: Ibu tunggal didenda RM2,500
Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas.

Selangor karam di laman sendiri!
Harapan peminat Selangor untuk melihat pasukan mereka memadamkan rekod tanpa kalah JDT FC pada awal musim ini tidak kesampaian apabila tewas di laman sendiri.

TMJ sedia beri pelepasan pemain JDT wakili skuad kebangsaan
Baginda juga menegaskan semangatnya dalam memberikan sokongan penuh kepada skuad Harimau Malaya tidak berganjak sama sekali.

Liga Super: JDT pamer kejagoan di laman Selangor FC
Selangor menjadi mangsa terbaru juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang berpesta gol di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

'Mula-mula dulu tak ada pemain nak masuk JDT'
Katanya, ada pemain yang tidak yakin untuk menyertai JDT selain risau berdepan beberapa masalah seperti tunggakan gaji pada ketika itu.

Liga Super: Terengganu catat kemenangan sulung, JDT gah di persada liga
Terengganu akhirnya meraih kemenangan sulung dalam kempen Liga Super 2023 dengan mengatasi PDRM yang beraksi dengan 10 pemain 1-0.

Liga Super: JDT terus pamer rentak garang
JDT FC meneruskan rentak garang dalam Liga Super ketika beraksi di Stadium Sultan Ibrahim apabila skuad kendalian Esteban Solari itu membelasah Kelantan FC 5-1, petang tadi.

Kelantan elak jadi 'lauk', Terengganu, KL City buru kemenangan
JDT dijangka meneruskan rentak cemerlangnya dengan melayan kunjungan Kelantan FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

JDT salur hasil jualan tiket perlawanan kepada mangsa banjir di Johor
Kesemua hasil jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sehingga akhir Ramadan ini disalurkan kepada mangsa.

Liga Super: Negeri Sembilan mahu elak jadi 'lauk' JDT
Johor Darul Takzim (JDT) bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk menentang Negeri Sembilan FC.

Liga Super: JDT benam KL City FC 3-0
JDT ternyata tiada tandingan, apabila mudah membelasah KL City FC 3-0 pada aksi Liga Super.