Skip to main content

Sukan

TMJ sedia lawan pasukan bola sepak Syed Saddiq

61559190527_TmjSyed.jpg
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bertemu pasukan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam perlawanan bola sepak di Larkin.

Cabaran itu diterima selepas seorang netizen akaun @vijhayvick membangkitkan persoalan pertembungan pasukan TMJ dengan pasukan Syed Saddiq, semalam.

Membalas kenyataan Twitter itu, TMJ menyatakan kesediaan baginda untuk perlawanan tersebut.

"Cabaran diterima, Larkin (Stadium Tan Sri Hassan Yunos) akan dibuka untuk menentang pasukan ‘Picasso’. Pertembungan ini mesti berlangsung.

“Saya rasa, perlawanan ini perlu diadakan segera atau kita tunggu pasukan Man City (Manchester City) beli sebuah kelab Malaysia dahulu?” tweetnya.


Susulan itu, rata-rata netizen melahirkan sokongan terhadap sahutan itu sehingga ada yang tidak sabar untuk menonton perlawanan tersebut.



Advertisement

Must Watch Video