awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
Blok Afrika Barat gesa hormati kedaulatan Venezuela susulan operasi ketenteraan AS
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ urus Harimau Malaya: Biar FAM nilai dan putuskan - Reezal Merican

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
19/06/2021
10:12 MYT
TMJ urus Harimau Malaya: Biar FAM nilai dan putuskan - Reezal Merican
Reezal Merican berpandangan Tunku Ismail adalah seorang personaliti yang mempunyai rekod cemerlang mengemudi kelab Johor Darul Tazim (JDT). - Gambar fail
KEPALA BATAS: Terserah kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membuat penilaian sama ada mahu menerima tawaran Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menawarkan diri menguruskan skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan mencampuri urusan FAM namun percaya perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.
Bagaimanapun Reezal Merican berpandangan Tunku Ismail adalah seorang personaliti yang mempunyai rekod cemerlang mengemudi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).
"Berkenaan TMJ, beliau ada rekod tersendiri selain memiliki pasukan JDT. Semangat beliau untuk melihat pembangunan pasukan bola sepak terutamanya pasukan JDT berjaya. Ada kemahuan tinggi melakukan pelaburan agak signifikan dan besar dalam sukan dan pasukan JDT.
Ïni menjadi satu semangat yang menjadi dorongan selain keupayaan melakukan lonjakan. Perkara lain saya serahkan kepada FAM untuk putuskan, apa yang mereka fikir. Biar perkara ini FAM nilai, TMJ ada rekod yang baik," katanya.
Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu.
BACA: TMJ tawar diri urus Harimau Malaya
Tunku Ismail baru baru ini menyatakan kesediaannya dengan menawarkan diri untuk mengendalikan dan menguruskan skuad kebangsaan dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Ia berikutan, kekalahan demi kekalahan dialami oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam empat aksi antarabangsa yang dilalui setakat ini selepas berehat selama 18 bulan.
Harimau Malaya | Hasrat TMJ perlu diperhalusi sebaiknya - Hamidin
Daripada empat aksi itu, Malaysia tewas dua kali dalam aksi persahabatan di tangan Kuwait dan Bahrain dengan keputusan 4-1 serta 2-0.
Prestasi hambar itu berterusan dalam dua aksi kelayakan apabila tumbang 4-0 kepada UAE dan kekalahan terbaharu kepada Vietnam 1-2 pada Jumaat lalu hingga mencetuskan kebimbangan peminat bola sepak negara.
Topic Berkaitan
#TMJ
#harimau Malaya
#Reezal Merican
#Kementerian Belia dan Sukan
#bola sepak
#FAM
#Tunku Ismail
#Malaysia
#JDT
#KBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan