awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Todak Academy sasar 600 graduan Esports menjelang akhir tahun 2022

Dagang News
Dagang News
28/03/2022
04:19 MYT
Todak Academy sasar 600 graduan Esports menjelang akhir tahun 2022
Para pelajar mengikuti program sijil profesional selama enam bulan di Todak Academy. - Foto DagangNews
CYBERJAYA: Todak Academy mempelawa orang ramai yang berminat dengan industri Esports menyertai program sijil profesional anjurannya dalam usaha melahirkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran dalam industri kerja moden.
Pengurus Besarnya, Taufik Rizal Aminuddin berkata, pusat latihan itu menawarkan tiga buah program pensijilan, antaranya Game Developement, Esports dan Digital Marketing.
Beliau berkata, program kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE) itu terbuka untuk rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Program ini telah bermula sejak Disember lepas, setakat ini seramai 100 pelajar menyertai pengajian. Kami menyasarkan seramai 600 pelajar menjelang akhir tahun ini.
"Tempoh pembelajaran program sijil hanya mengambil masa 6 bulan. Kelas akan dijalankan secara hibrid seminggu sekali selama tiga jam bagi setiap subjek.
"Program ini dibangunkan mengikut keperluan semasa orang ramai yang mana pada masa sama mereka boleh bekerja sambil belajar. Kebanyakan mereka berminat untuk belajar, tetapi kekurangan masa disebabkan terikat dengan pekerjaan," katanya kepada DagangNews.com, di sini hari ini.
Taufik Rizal Aminuddin. - Foto DagangNews
Taufik Rizal Aminuddin. - Foto DagangNews
Menurut Taufik, pelajar bukan sahaja mengikuti pembelajaran secara teori, malah turut didedahkan menerusi praktikal.
"Selain melanjutkan pendidikan, pada masa sama program tersebut turut membantu pelajar mendapatkan pengalaman.
"Sebagai contoh untuk program sijil Esports, graduan bakal menguruskan pertandingan atau pasukan Esports itu sendiri selepas tamat pengajian kelak. Untuk Game Developement, mereka bakal membangunkan permainan atau gaming secara dalam talian," katanya.
Pasukan Mobile Legend: Bang-Bang (MLBB) Todak menjadi wakil Malaysia beraksi di Sukan SEA Vietnam pada bulan Mei 2022, selepas muncul juara pada kejohanan Pemilihan Esukan Malaysia 2022, baru-baru ini. - Foto DagangNews
Pasukan Mobile Legend: Bang-Bang (MLBB) Todak menjadi wakil Malaysia beraksi di Sukan SEA Vietnam pada bulan Mei 2022, selepas muncul juara pada kejohanan Pemilihan Esukan Malaysia 2022, baru-baru ini. - Foto DagangNews
Beliau berkata, pelajar turut berpeluang menjana pendapatan sampingan menerusi program affiliate dengan mempromosi program anjuran Todak Academy.
Katanya, selepas tamat program selama 6 bulan, graduan akan memperoleh sijil mereka pada majlis konvokesyen di UTM.
Untuk rekod, Taufik berkata, seramai 30,000 pemain Esports telah 'dilahirkan' di Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lepas.
Pasukan Mobile Legend: Bang-Bang (MLBB) Todak menjadi wakil Malaysia beraksi di Sukan SEA Vietnam pada bulan Mei 2022, selepas muncul juara pada kejohanan Pemilihan Esukan Malaysia 2022, baru-baru ini.
Sebarang maklumat lanjut mengenai program sijil profesional Todak Academy, sila hubungi talian 012-2271446 atau layari www.todakacademy.com. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Todak Academy
#graduan Esports
#Taufik Rizal Aminuddin
#program sijil profesional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan