awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

The Toffees mahu Koeman di Goodison Park

Astro Arena
Astro Arena
13/05/2016
01:47 MYT
The Toffees mahu Koeman di Goodison Park
Difahamkan, pemegang saham terbesar Everton, Farhad Moshiri bersedia menyediakan bajet 100 juta pound untuk memikat Koeman. - Foto
PENGURUS Southampton Ronald Koeman menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengendali di Everton yang ditinggalkan Roberto Martinez selepas dipecat.
Martinez menerima perkhabaran tersebut selepas Everton melalui aksi hambar musim ini dan proses pencarian jurulatih baru telah pun bermula.
Koeman merupakan calon utama namun pasukan The Merseyside itu harus meyakinkan pengendali dari Belanda itu untuk meninggalkan St. Mary.
Difahamkan, pemegang saham terbesar Everton, Farhad Moshiri bersedia menyediakan bajet 100 juta pound untuk memikat Koeman.
Southampton ketika ini berada di kedudukan ke-7 liga dan bakal melayakkan diri ke pusingan kelayakan Liga Europa.
Musim ini Koeman memimpin anak buahnya mencatat 17 kemenangan, 9 seri dan 11 tewas setakat ini.
Koeman juga dilihat sebagai calon sesuai untuk menjadi jurulatih Barcelona pada masa akan datang sekaligus menjadikan harapan Everton untuk melihat pengurus berusia 53 tahun itu bertambah sukar.
Sesiapa pun yang bakal menjadi pengendali baru di Goodison Park, tugas utama yang bakal menanti adalah memastikan bintang utama seperi Romelu Lukaku dan Ross Barkley kekal bersama pasukan itu musim depan.
Pada masa sama, Frank de Boer turut menyuarakan hasrat berminat mengambil alih pasukan itu selepas meletak jawatan selaku pengendali Ajax Amsterdam.
Topic Berkaitan
#jurulatih
#Roberto Martinez
#Ronald Koeman
#Southampton
#The Merseyside
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan