Skuad Pahang lebih berhak untuk menang ke atas PKNP FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi, kerana berjaya menguasai permainan sepanjang 90 minit perlawanan.
Ketua Jurulatihnya, Dollah Salleh berkata pasukan kendaliannya beraksi dengan mantap dan mencipta banyak peluang untuk menghasilkan gol sebelum perlawanan itu berkesudahan dengan jaringan 2-0.
"Alhamdulillah kita berjaya dapat tiga mata selepas mengharungi tiga perlawanan tanpa kemenangan.
"Corak permainan Pahang malam ini amat baik...walaupun kita tidak dapat menambah gol pada separuh masa kedua, tetapi kita menguasai keseluruhan permainan.
"Kita juga berjaya mencipta banyak ruang untuk menghasilkan gol namun di sini kita lihat penjaga gol PKNP FC lebih menyerlah," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Pada perlawanan itu, pemain import Tok Gajah dari Namibia, Lazarus Kaimbi membuka jaringan pertama pada minit ke-21 sebelum Dickson Nwakaeme melebarkan jaringan dengan gol kedua pada minit ke-30.
Bagaimanapun, Dollah mengakui terpaksa mengeluarkan Kaimbi atas faktor keletihan walaupun kombinasinya dengan Nwakaeme disifatkan sebagai 'begitu menjadi'.
"Mungkin disebabkan dia sudah tidak lama bermain bola sepak iaitu setahun dan di situ ada kekurangan dari aspek kecergasannya. Saya percaya dengan kerajinannya dalam latihan, dia boleh tingkatkan prestasi untuk perlawanan akan datang," katanya.
Sementara itu, pengendali PKNP FC Abu Bakar Fadzim berkata persembahan anak buahnya berada di bawah prestasi sebenar selepas mereka bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) minggu lepas, manakala Pahang menurunkan kesebelasan utamanya.
"Pemain Pahang pada malam ini banyak mengucar-ngacirkan pertahanan kami, selain faktor kami yang dilihat agak leka dan kurang disiplin menghukum kami dengan kekalahan ini...hanya pada separuh masa kedua kita berjaya menyerap serangan," katanya.
Abu Bakar menyatakan beliau kini memandang ke hadapan untuk menghadapi lima perlawanan yang menentukan nasib pasukannya dalam Liga Super, bagi mengelakkan penyingkiran ke Liga Premier.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2019
DOLLAH: Alhamdulillah kita berjaya dapat tiga mata selepas mengharungi tiga perlawanan tanpa kemenangan.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.