Tokyo 2020: Brazil ketepi Sepanyol pertahan emas bola sepak

Astro Arena
Ogos 7, 2021 23:43 MYT
Malcom meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika menentang Sepanyol dalam perlawanan pada Sukan Olimpik Tokyo di Stadium Antarabangsa Yokohama, 7 Ogos, 2021. (Foto AP)
BRAZIL 2 SEPANYOL 1
Malcom keluar dari bangku simpanan untuk membantu Brazil mempertahankan pingat emas apabila menewaskan Sepanyol 2-1 selepas masa tambahan Sukan Olimpik Tokyo 2020, malam tadi.
Pemain itu diheret ke masa tambahan selepas sentuhan menakjubkan Mikel Oyarzabal membatalkan gol pembukaan Matheus Cunha di Stadium Antarabangsa Yokohama.
Terdapat banyak drama tercetus sebelum wisel penamat yang menyaksikan sepakan penalti Richarlison sebelum jaringan penyamaan Cunha menyusul sementara satu percubaan penyerang Everton itu menggegar palang dalam separuh masa kedua, manakala Oscar Gil dan Bryan Gil juga senasib.
Bagaimanapun, kemasukan Malcom menjadi modal pemisah perlawanan selepas pemain sayap Zenit itu menerima hantaran menarik daripada Jesus Vallejo sebelum memperdayakan Unai Simon bagi menjulang emas berturut-turut buat Brazil.
Dari minit ke-16 lagi, Diego Carlos sudah diuji apabila dikerah mengelakkan gol sendiri yang memalukan sebelum Richarlison menggegar jaring jaguh dari Eropah itu dari sudut yang sukar.
Penjaring terbanyak kejohanan, Richarlison, seharusnya menambah koleksi golnya pada minit ke-38 tetapi penjaga gawang Sepanyol, Simon -- yang dikesan video bantuan pengadil (VAR) kerana mengasari Cunha -- menyelamatkan pintu golnya dengan cemerlang.
Brazil yang tersentak memperkemaskan permainan yang menyaksikan Dani Alves bertindak sebagai nadi pasukan.

O OURO CONTINUA NO BRASIL! Foi na raça, na dedicação e no talento do futebol brasileiro! A medalha dourada é nossa mais uma vez e agora podemos comemorar! Obrigado, #SeleçãoOlímpica! Vocês são incríveis e marcaram os seus nomes na história! #BRAxESP #JogosOlímpicos pic.twitter.com/m0o8sVfwqk

— CBF Futebol (@CBF_Futebol) August 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Simon kemudian menebus dirinya dengan menyelamatkan percubaan Richarlison menuju waktu rehat sementara serangan Oyarzabal pada minit ke-61 mengimbangi kedudukan perlawanan.
Palang dan tiang menyelamatkan Brazil pada waktu normal perlawanan gara-gara membenarkan Gil menyusup di sayap kanan sebelum usaha memukau Bryan.
Begitupun, jaringan kemenangan Brazil hadir pada minit ke-18 masa tambahan apabila Malcom tenang menyambut hantaran Vallejo untuk bekas pemain Barcelona itu menghadiahkan skuad Selecao memenangi emas kedua dalam acara itu.
Alves dan rakan-rakan kemudian rebah lalu menangis sebaik tamat perlawanan untuk meraikan kejayaan wakil Amerika Selatan itu muncul pasukan keempat yang memenangi emas berturut-turut bola sepak lelaki dalam percubaan final kelima.
Dalam mengintai kejayaan ketiga, Sepanyol selaku juara 1992 harus berpuas hati dengan perak sekali gus mengulangi pencapaian 2000.
Semalam, Mexico mengetepikan tuan rumah, Jepun, dalam perebutan gangsa.
#Brazil #bola sepak #Sukan Olimpik Tokyo #Tokyo #Olimpik #pingat emas #Tokyo 2020 #olimpik 2020 #Olimpik Tokyo #Malcom #sepanyol #Stadium Antarabangsa Yokohama