Tokyo 2020: Djokovic hilang sabar ketika gagal raih gangsa

Astro Arena
Ogos 1, 2021 00:01 MYT
Djokovic turut menarik diri daripada aksi pingat gangsa dalam acara regu campuran. - Stadium Astro
TOKYO: Novak Djokovic mematahkan serta mencampak raket ketika tewas dalam perlawanan pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo semalam.
Wakil Sepanyol, Pablo Carreno Busta, mengatasi pemain nombor satu dunia, 6-4, 6-7 (6-8), 6-3 untuk menamatkan saingan di tempat ketiga perseorangan lelaki.
Keputusan mengejutkan itu terhasil sehari selepas harapan Golden Slam Djokovic diakhiri dengan kekalahan kepada Alexander Zverev dalam separuh akhir.
Menjelang perlawanan di tempat ketiga, Djokovic turut menarik diri daripada aksi pingat gangsa dalam acara regu campuran, menyatakan dirinya mengalami kecederaan bahu.
Setelah memenangi Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon, Djokovic meletakkan sasaran pingat emas dalam Sukan Olimpik sebelum ke Terbuka AS, menyasarkan lima gelaran utama dalam satu musim.
Ia tidak pernah dicapai oleh mana-mana pemain perseorangan lelaki dan namun dia turut gagal membawa pulang sebarang pingat daripada saingan di Jepun.

After 2 hours 47 minutes, @pablocarreno91 defeats Novak Djokovic to win men's singles bronze for Spain at #Tokyo2020 Spain has won at least one medal in #tennis at 8 of the last 9 #Olympics

— ITF Media (@ITFMedia) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Tokyo 2020 #tenis #Olimpik Tokyo #olimpik 2020 #Novak Djokovic