Tokyo 2020: Emas pertama milik penembak China

Astro Arena
Julai 24, 2021 05:48 MYT
Dari kiri, Anastasiia Galashina, Yang Qian dan Nina Christen. - Foto Astro ARENA
YANG Qian muncul pemenang pingat emas pertama Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Penembak dari China itu memenangi acara 10 meter air rifle di sebalik menunggu tembakan terakhir bagi memastikan emas menjadi miliknya.
Atlet berusia 21 tahun itu ketinggalan di belakang Anastasiia Galashina, yang mewakili Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC), 0.2 mata memasuki percubaan terakhir di Lapangan Menembak Asaka, tetapi Galashina gagal melakukan bidikan cemerlang apabila meraih 8.9 mata.
Yang memerlukan sekurang-kurangnya 10 mata dalam setiap tembakan, tetapi 9.8 cukup untuk meraih pingat emas dengan rekod Olimpik 251.8 sementara Galashina meraih 251.1.
Nina Christen dari Switzerland meraih gangsa dengan 230.6 mata.

We have the first Olympic champion of #Tokyo2020! China's Yang Qian takes gold with a new Olympic Record of 251.8 points.#Shooting @ISSF_Shooting pic.twitter.com/t0UVwUfXRP

— Olympics (@Olympics) July 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sukan Olimpik Tokyo #Yang Qian #pingat emas #China #Anastasiia Galashina #tembakan #air rifle #atlet #Penembak #Rusia #Jawatankuasa Olimpik Rusia #Nina Christen #emas pertama #Lapangan Menembak Asaka