Tokyo 2020: Indonesia raih emas pertama

Astro Arena
Ogos 2, 2021 08:47 MYT
Greysia Polii-Apriyani Rahayu berhasil menewaskan pasangan pilihan kedua dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, 21-19, 21-15 dalam tempoh kurang daripada sejam. - Foto Stadium Astro
INDONESIA meraih pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi acara badminton hari ini.
Dalam final acara beregu wanita di Musashino Forest Sport Plaza, gandingan Greysia Polii-Apriyani Rahayu, berada di ranking keenam dunia, berhasil menewaskan pasangan pilihan kedua dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, 21-19, 21-15 dalam tempoh kurang daripada sejam.
Setakat ini, Indonesia telah mengumpulkan satu emas, satu perak dan dua gangsa untuk kini menduduki tangga ke-34 keseluruhan.
#Tokyo 2020 #Sukan Olimpik Tokyo #badminton #Indonesia #Olimpik #China #Greysia Polii #Apriyani Rahayu