Tokyo 2020: Kejayaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik buat rakyat Malaysia teruja

Faris Danial Razi
Julai 31, 2021 14:31 MYT
Aaron-Wooi Yik merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan beregu Indonesia - Gambar/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pingat gangsa yang dirangkul oleh beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada hari kesembilan temasya Olimpik 2020 sememangnya menjadi pencapaian yang cukup membanggakan rakyat Malaysia.
Bukan setakat menjadi pingat pertama buat kontinjen negara, malah ia juga penampilan pertama mereka untuk acara berprestij berkenaan.
Ungkapan tahniah daripada seluruh rakyat Malaysia membanjiri laman media sosial hari ini, dengan rata-rata mereka menyatakan rasa sangat teruja.
Berita baik ini jelas membanggakan seluruh negara dan menyatukan rakyat Malaysia.
Aaron-Wooi Yik merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza sebentar tadi dengan mata 17-21, 21-17, 21-14.
Lebih membanggakan, kemenangan itu turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya menebus kekalahan kepada gandingan nombor dua dunia itu dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.
BACA: Tokyo 2020: Beregu negara hadiahkan pingat gangsa buat Malaysia
[TERKINI] Pasukan beregu negara bawa pulang pingat gangsa
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang sebelum ini aksinya ditontoni oleh seluruh Malaysia turut mengakui dirinya agak cemas untuk berada di hadapan televisyen bagi menyaksikan perlawanan itu.
Menurut perkongsian di Instagram Story, Chong Wei menyatakan rasa bangga buat pasukan beregu negara itu dan mengakui sememangnya berdebar apabila buat pertama kalinya secara langsung sampaikan basah ketiak!
Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan Asia Doha 2006, Tan Boon Heong turut memuji gandingan pemain itu dalam aksi penentu pingat gangsa itu kerana mempamerkan taktik dan aksi cemerlang.

Congrats Aaron & soh menang pingat good match & good tactic , baju Merah Ada ongggggggg

— tanboonheong (@tanboonheong3) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikut adalah antara reaksi-reaksi dan ucapan tahniah serta laungan semangat yang dilontarkan kepada kontinjen negara, Aaron Chia-Soh Wooi dengan koleksi mata 17-21, 21-17, 21-14 tadi.

Congratulations Aaron Chia & Wooi Yik! wow thank you for that !!

— YUNA (@yunamusic) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aaaaaa nak nangis!!! Congrats on the bronze medal aaron chia and soh woo yik pic.twitter.com/h5mMtCmp5y

— nasuha (@NasuhaJebaat) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Soh Wooi Yik and Aaron Chia. Dua dua 23 dan 24 tahun, first time main Olimpik dan menang Gangsa terus. Kau rasa?? Wewwww.

— brgsjks (@brgsjks) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

They are crying!!! Me too!!! Congrats aaron chia and soh wooi yik, we will never forget this moment #MAS #Badminton #Tokyo2020 pic.twitter.com/UHb5zoFlqN

— (@aryyaff) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menanggg! Inilah jiran-jiran meraikan, ada semua bangsa. Syabas Malaysia. pic.twitter.com/1Tqzxmblf0

— Pjoe (@pjoe_) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

That was lit boys. Their first olympic and won our heart. Our first medal guys! Congrats Aaron Chia and Soh Wooi Yik #GanbatteMalaysia #SokongMalaysia #Tokyo2020 pic.twitter.com/k8LLDC0c1i

— Mekar (@Mawaaaaaarrrr) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perjalanan atlet negara diteruskan lagi dengan esok merupakan hari penentu untuk atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri beraksi di peringkat akhir acara 3 meter papan anjal wanita selepas menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 312.60.
Berikut pula adalah jadual pertandingan untuk esok (1 Ogos):
6.30 Pagi (GOLF) STROKE PLAY PERSEORANGAN LELAKI
Gavin GREEN
PUSINGAN KEEMPAT
KASUMIGASEKI COUNTRY CLUB
11.05 Pagi (PELAYARAN) INTERNATIONAL 470
Nuraisyah-Juni Karimah
PUSINGAN KETUJUH
ZUSHI
Bergantung kepada acara sebelum (PELAYARAN) INTERNATIONAL 470
Nuraisyah-Juni Karimah
PUSINGAN KELAPAN
ZUSHI
2.00 petang (SUKAN TERJUN) ACARA 3 METER PAPAN ANJAL WANITA
NUR DHABITAH Sabri
PUSINGAN AKHIR
TOKYO AQUATICS CENTRE
#Tokyo 2020 #Olimpik Tokyo #olimpik 2020 #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #rakyat Malaysia #tangisan #kegembiraan