Tokyo 2020: Khairulnizam, Nur Shazrin gagal ke perlumbaan perebutan pingat

Astro Arena
Julai 30, 2021 13:00 MYT
Khairulnizam menamatkan acara laser standard di tangga ke-28 keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan kesembilan dan ke-10 hari ini, masing-masing di tangga ke-23 dan 20. - Gambar/ Reuters
Pelayar negara, Khairulnizam Afendy dan Nur Shazrin Latif, tidak layak ke perlumbaan peerebutan pingat acara masing-masing dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas gagal berada dalam kelompok 10 teratas selepas 10 perlumbaan hari ini.
Khairulnizam menamatkan acara laser standard di tangga ke-28 keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan kesembilan dan ke-10 hari ini, masing-masing di tangga ke-23 dan 20.
Dalam acara laser radial pula, biarpun bermula baik menamatkan perlumbaan pertama di tempat ketiga, pelayar wanita negara, Nur Shazrin, sekadar menamatkan 10 pusingan perlumbaan di tangga ke-26 keseluruhan selepas menghabiskan pusingan kesembilan dan ke-10 hari ini, masing-masing di tempat ke-16 dan 15.
Bagaimanapun, kedua-dua pelayar negara itu memperbaiki pencapaian yang dicapai dalam edisi di Rio pada 2016, di mana Khairulnizam ketika itu menamatkan kempen di tempat ke-35 manakala Nur Shazrin pula di tempat ke-33.
#Tokyo 2020 #olimpik 2020 #Olimpik Tokyo #pelayar negara #Khairulnizam Afendy #Nur Shazrin Latif #tidak layak #pingat #pelayaran