KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) semalam menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Munajat bagi mendoakan keselamatan dan kejayaan kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020,
Majlis berlangsung secara dalam talian itu, bermula pada pukul 9 pagi dan disertai Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bersama lebih 200 warga sukan termasuk para jurulatih dan atlet kebangsaan.
Turut serta ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli.
Menurut kenyataan KBS, majlis tersebut merupakan sebahagian daripada kalendar program semarak Demi Malaysia sebagai tanda sokongan kepada atlet negara yang akan berjuang di Sukan Olimpik Tokyo bermula 23 Julai ini.
"Majlis ini adalah bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar segala urusan kontinjen negara ke Tokyo, Jepun berjalan dengan lancar serta dilindungi daripada jangkitan virus COVID-19.
"Ia adalah salah satu ikhtiar kita mendoakan agar kontinjen negara kita selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air dengan membawa pulang kejayaan," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu Reezal Merican berkata KBS amat menitikberatkan keselamatan dan kesihatan para atlet serta ahli kontinjen yang membawa misi besar negara serta harapan seluruh rakyat Malaysia.
Beliau turut melancarkan Bilik Gerakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di bangunan MSN yang bakal menjadi pusat maklumat, komunikasi dan penyelarasan media antara kontinjen negara dan pihak MSN sepanjang temasya berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021
Majlis Bacaan Yassin dan Doa Munajat Sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 diadakan secara maya malam tadi. - Foto Facebook Reezal Merican Naina Merican
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum pada Hari Pekerja – PM Anwar
Penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, beliau berkata, perkara itu telah telah diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024, yang beliau pengerusikan di Putrajaya pada Jumaat.
Tiada kerosakan kemudahan nuklear Iran - IAEA
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi menyeru semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.
Iran nafi diserang Israel, anggap ia propaganda Barat
Tiada serangan yang berlaku di Tabriz dan Isfahan pada Jumaat, seperti mana yang dilaporkan media barat, kata seorang sumber kepada portal berita Iran, Al-Mayadeen.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, sebahagian daripada usaha untuk mengelirukan pandangan dunia.
Memetik laporan tersebut, sumber berkenaan mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, sebahagian daripada usaha untuk mengelirukan pandangan dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
AWANI Borneo [19/04/2024] – Perubahan iklim | Kekurangan pakar perubatan | Dipercayai dibaham buaya
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Fauzi Zin
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Tokyo 2020: MSN anjur bacaan Yasin dan doa demi kejayaan atlet negara
Majlis merupakan sebahagian kalendar program semarak Demi Malaysia sebagai tanda sokongan kepada atlet negara yang akan berjuang di Sukan Olimpik Tokyo.