Tokyo 2020: Nur Dhabitah ke final, intai peluang pungut pingat

Astro Awani
Julai 31, 2021 07:24 MYT
Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke peringkat akhir acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, selepas menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 312.60. - Foto Instagram/@dhabitah_sabri
KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke peringkat akhir acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, selepas menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 312.60.
Nur Dhabitah, 22, meraih tempat ke-6 dalam saingan separuh akhir sebentar tadi, sekali gus melayakkannya ke peringkat final, esok.
BACA: Tokyo 2020: Nur Dhabitah mara ke separuh akhir
Sebagai rekod, ini merupakan penampilan kedua Nur Dhabitah dalam Sukan Olimpik, selepas menyertai Olimpik Rio pada 2016 ketika berumur 17 tahun.
Beliau juga adalah penerjun keempat negara yang melayakkan diri selepas Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy.
Nur Dhabitah turut pernah meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada 2015.
#Nur Dhabitah Sabri #Tokyo 2020 #terjun #papan anjal #Sukan Olimpik Tokyo