PEMAIN perseorangan wanita negara, Soniia Cheah, terpaksa akur dengan kekalahan kepada wakil Thailand, Ratchanok Intanon, apabila tewas sekaligus gagal mara ke pusingan seterusnya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Soniia, yang meraih kemenangan pertama semalam tanpa turun ke gelanggang selepas lawannya, Laura Sarosi, mengalami kecederaan.
Turun dalam perlawanan penting, hanya kemenangan memastikan kemaraan dalam saingan Sukan Olimpik.
Ternyata Soniia tidak menyimpan sebarang tenaga apabila menampilkan permainan cemerlang apabila berjaya memenangi set pertama 21-19 dalam set pertama.
Bagaimanapun, bekas juara dunia, Ratchanok, kekal tenang menggunakan pengalamannya bangkit untuk memenangi set kedua.
Segalanya serba tidak menjadi buat Soniia apabila mata demi mata berjaya diraih lawan dari Thailand sebelum memenangi set penentuan 21-10.
"Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat membuat penampilan dalam Sukan Olimpik.
"Dalam masa sama, saya memohon maaf kerana tidak berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan ini," kata Soniia kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani.
"Saya telah melakukan yang terbaik dan mahu memberikan pujian kepada Ratchanok kerana berjaya mengawal tekanan dan mengucapkan semoga berjaya dalam peringkat seterusnya.
"Impian ke Olimpik merupakan sesuatu yang mahu saya capai kerana kakak saya (Lyddia Cheah) juga merupakan seorang pemain kebangsaan namun masalah kecederaan menyaksikan dia tidak berjaya capai ke peringkat ini.
"Saya mahu membuat mereka berbangga untuk terus beraksi sehingga ke tahap ini."
Astro Arena
Wed Jul 28 2021
SONIIA: Saya telah melakukan yang terbaik dan mahu memberikan pujian kepada Ratchanok kerana berjaya mengawal tekanan. - Foto Astro ARENA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Olimpik Paris 2024: The Pocket Rocketman ke pusingan ketiga acara pecut
Pelumba berusia 36 tahun itu mengatasi cabaran daripada wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16.
RTG: Shah Firdaus tak jangka tersenarai
Pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak menyangka tersenarai dalam program RTG bagi memburu emas sulung negara pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Pandelela: MSN nafi laporan pegawai ISN tidak bantu atlet di Olimpik Tokyo
Laporan akhbar mendakwa Pandelela berkata pegawai ISN tidak memberikan sokongan kepada atlet kebangsaan semasa Olimpik Tokyo tidak benar.
Atlet wanita terus berada di puncak kecemerlangan di sebalik pelbagai cabaran
Beberapa tahun kebelakangan ini, prestasi atlet wanita negara semakin menyerlah baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Pandelela tamat saingan di tempat keenam Piala Dunia 2022
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg menamatkan saingan di tempat keenam acara 10 meter (m) platform wanita di Piala Dunia FINA 2022 di Berlin, Jerman, awal pagi ini.
Azizulhasni tolak tawaran lumayan, kemasyhuran demi Malaysia
Azizulhasni mendedahkan beberapa kali menolak peluang berlumba di Eropah dan Jepun yang menawarkan keuntungan besar serta kemasyhuran, demi komitmennya terhadap negara tercinta.
Parlimen: KBS tetap jalankan siasatan lanjut isu Muhammad Ziyad
KBS bersependapat dan percaya dengan pendirian Muhamad Ziyad bahawa dakwaan beliau tiba lewat adalah dakwaan yang tidak berasas.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Kerajaan Terengganu sedia bantu Azizulhasni pertahan jurulatih - Menteri Besar
Menteri Besar Terengganu beri komitmen perjuangkan Datuk Azizulhasni dapat khidmat jurulatih terbaik sepertimana dikehendaki.
Rumah, wang tunai RM50,000 ganjaran buat Azizulhasni dari kerajaan Terengganu
Kerajaan Terengganu hadiah sebuah kediaman bernilai RM300,000 di Dungun dan wang tunai RM50,000 buat pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.