KUALA LUMPUR: Ratu gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi telah mewakili negara dalam pelbagai peringkat sejak sekian lama termasuk lima Kejohanan Dunia, namun tiada yang menyamai pengalamannya menyertai Olimpik Tokyo 2020 buat pertama kalinya.
Gimnas berusia 27 tahun itu berkata, bertanding di Olimpik merupakan suatu yang paling sukar dan perkara yang beliau sendiri tidak percaya berjaya dilakukannya, dalam keseluruhan penglibatannya dalam sukan dan Olimpik Tokyo akan menjadi suatu yang akan paling beliau ingat.
"Ia suatu yang amat mencabar, secara mental dan fizikal.
"Bagaimanapun, ia adalah impian saya sejak berusia tiga tahun, dan bertanding di peringkat Olimpik adalah satu perasaan yang paling menakjubkan dan tidak dapat digambarkan.
"Saya terdiam sebaik selepas bergerak meninggalkan gelanggang pertandingan dengan perasaan bangga dan perasaan yang akhirnya saya berjaya lakukannya.
"Sebaik bangun dari tidur sehari selepas pertandingan, saya menangis.
"Saya berasa bangga kerana berjaya melengkapkan sasaran hebat ini.
"Saya telah lakukan yang terbaik atas apa yang termampu di Olimpik," katanya dalam hantaran di media sosial semalam.
Pemenang tujuh pingat emas Sukan SEA itu kini sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di sebuah hotel di sini sebaik tiba dari Jepun pada Selasa (27 Julai).
Gimnas dengan senyuman yang menawan itu turut berterima kasih kepada keluarganya, jurulatihnya Nataliya Sinkova dan Ng Shu Wai, rakan-rakan, semua pihak berkepentingan dan peminat, kerana menjadikan impian Olimpiknya menjadi satu kenyataan dan sokongan terhadapnya yang tidak berbelah bahagi.
"Nataliya telah bersama saya sejak saya berusia lapan tahun.
"Dia memberikan galakan kepada saya, sentiasa bersama saya dan bantu saya secara fizikal dan mental dalam perjalanan saya menuju ke Olimpik.
"Saya amat bersyukur kerana anda menjadi jurulatih saya.
"Shu Wai telah bantu saya, latih saya dan ajarkan saya banyak perkara mengenai diri saya sebagai seorang gimnas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Terima kasih untuk semua, saya amat bersyukur.
"Kepada semua jurulatih yang telah melatih saya sejak dahulu - tunjuk ajar anda semua amat bernilai sekali, terima kasih," katanya.
Farah Ann yang membuat penampilan Olimpik pertamanya di Tokyo, tidak dapat melayakkan diri ke pusingan akhir acara all-around selepas menduduki tempat ke-68 daripada 85 atlet keseluruhan, selepas mencatatkan mata keseluruhan 48.565, di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo pada 25 Julai.
Beliau mengutip 11.600 mata dalam aparatus palang bertingkat, palang imbangan (11.566 mata), disiplin senam lantai (12.233 mata) dan melombol (13.166 mata).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 01 2021
Farah Ann berkata bertanding di Olimpik merupakan suatu yang paling sukar dan perkara yang beliau sendiri tidak percaya berjaya dilakukannya. -Gambar/ Bernama
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.
Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.
Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.
Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.