[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SUKAN

Tokyo 2020: Thompson-Herah terkejut pecah rekod Olimpik

Astro Arena 01/08/2021 | 01:13 MYT
Ia merupakan kali pertama Thompson-Herah berlari di bawah 10.7s. - Stadium Astro
TOKYO: Elaine Thompson-Herah menegaskan memecahkan rekod bukan dalam fikirannya ketika melakar kemenangan dalam final 100m pecut wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Atlet kelahiran Jamaica untuk mempertahankan acara yang dimenangi di Rio 2016 dengan penuh bergaya, memecut ke garsan penamat dengan catatan rekod Olimpik 10.61 saat bagi menafikan Shelly-Ann Fraser-Pryce menjadi atlet wanita pertama untuk memenangi acara tersebut dalam tiga temasya berbeza.
Ia merupakan kali pertama Thompson-Herah, yang mengalami kecederaan Achilles sejak bergelar juara di Rio lima tahun lau, berlari di bawah 10.7s.
Tetapi atlet berusia 29 tahun itu kekal fokus untuk mendapatkan kemenangan dan percaya penanda arasnya akan dipecahkan.
"Mara ke final tanpa memikirkan sebarang catatan masa. Saya hanya mahu berlari dengan teknik terbaik," katanya.
"Saya tidak melihat untuk memecahkan rekod. Namun catatan yang saya lakukan ini akan dipecahkan oleh atlet lain dalam temasya akan datang.
"Atlet wanita lain semakin meningkat naik. Jadi melakukan rekod Olimpik adalah pesanan buat semua bahawa segalanya mampu dilakukan."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Tokyo 2020 #Olimpik Tokyo #olimpik 2020 #final #pecut #Elaine Thimpson-Herah #Rekod