awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Warholm pecah rekod dunia, raih emas 400m berpagar

Astro Arena
Astro Arena
03/08/2021
06:32 MYT
Tokyo 2020: Warholm pecah rekod dunia, raih emas 400m berpagar
Karsten Warholm melakar rekod dunia baru dalam acara 400 meter berpagar selepas wakil Norway itu merangkul pingat emas Sukan Olimpik Tokyo sebentar tadi. - Sumber foto Astro ARENA
KARSTEN Warholm melakar rekod dunia baru dalam acara 400 meter berpagar selepas wakil Norway itu merangkul pingat emas Sukan Olimpik Tokyo sebentar tadi.
Dia menjadi atlet pertama berlari di bawah catatan 46 saat, merekodkan 45.94 saat mengetepikan wakil Amerika Syarikat, Rai Benjamin (46.17s).
Ketiga-tiga pelari melakukan catatan di bawah 47 saat dan mengatasi rekod Olimpik yang terdahulu, dengan gangsa menjadi milik atlet Brazil, Alison dos Santos (46.72s).
Warholm sudah memegang rekod dunia, mencatatkan 46.70s di Oslo pada permulaan Julai lalu bagi mengatasi 46.78s yang dipegang Kevin Young sejak Sukan Olimpik Barcelona 1992.
Sekarang dia telah memecahkan rekodnya sendiri, didorong dengan larian Benjamin sepanjang balapan.
Warholm mendahului sehingga memasuki 150 meter terakhir sebelum diberikan tekanan bintang AS menuju garisan penamat.
Atlet berusia 25 tahun dari Ulsteinvik kekal tenang dan mengekalkan rentak sebelum melakar satu lagi rekod dunia baru dalam acara olahraga.
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo 2020
#Karsten Warholm
#Rai Benjamin
#acara 400 meter berpagar
#Norway
#pingat emas
#Kevin Young
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan