awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tom Cruise beraksi pada penutup Sukan Olimpik Paris 2024

Bernama
Bernama
03/08/2024
00:20 MYT
Tom Cruise beraksi pada penutup Sukan Olimpik Paris 2024
Tom Cruise (kiri) bergambar dengan peminat ketika hadir menyaksikan pusingan kelayakan gimnastik artistik wanita pada Sukan Olimpik Paris, di Paris, Perancis, 28 Julai 2024, . (Foto AP)
PARIS: Bintang Hollywood, Tom Cruise akan melakukan beberapa siri aksi mengagumkan dalam segmen video yang akan disiarkan semasa majlis penutup Sukan Olimpik Paris pada 11 Ogos ini, lapor Xinhua.
Penampilan Cruise adalah sebahagian daripada upacara penyerahan Bendera Olimpik dari Paris ke bandar tuan rumah Sukan Olimpik 2028, Los Angeles.
Menurut laporan, pelakon berusia 62 tahun itu merakam video yang menyaksikan beliau menunggang motosikal melalui kota Paris, turun dari sisi Stade de France, dan kemudian terjun dari pesawat sebelum mendarat berhampiran simbol ikonik industri perfileman yang memaparkan perkataan "Hollywood" di Los Angeles.
Selepas mendarat, Cruise menyerahkan bendera itu kepada seorang atlet yang memulakan larian obor keliling bandar.
Cruise, yang sedang menjalani penggambaran untuk francais filem 'Mission Impossible' terbaharu di Paris, memanfaatkan peluang itu untuk membuat rakaman aksi bagi majlis penutup, mengelirukan ramai yang menyangka ia adalah penggambaran filem biasa.
Menurut laporan akhbar The Guardian, Cruise yang baru sahaja menerima gelaran Knight of the Legion of Honneur daripada Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati mengusulkan idea ini kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), yang menjanjikan segmen yang mendebarkan.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Tom Cruise
#penyerahan Bendera Olimpik
#Los Angeles
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan