awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia

Astro Arena
Astro Arena
28/01/2025
02:50 MYT
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Foto StadiumAstro
DUA wakil negara yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia berhasil memperbaharui kedudukan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mempamerkan kecemerlangan menawan Istora Senayan, minggu lalu.
Gandingan beregu ketiga negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12 susulan mara ke final kejohanan bertaraf super 500 itu.
Lebih manis, Man-Tee turut merangkul kejuaraan pertama musim ini menundukkan wakil tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, sekali gus membawa pulang US$37,525 (RM164,285) sebagai hadiah utama.
Sementara itu, sensasi Pearly Tan-M. Thinaah turut menjadi tumpuan apabila menduduki ranking kelima dunia berbanding dua anak tangga musim ini dengan pungutan 78220 mata.
Begitupun, pasangan beregu wanita nombor satu negara itu hampir meraih gelaran keempat sepanjang karier mereka selepas Terbuka Swiss, Terbuka Perancis dan Terbuka Hong Kong, tahun lalu.
Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong menghantui Pearly-Thinaah untuk minggu kedua berturut-turut apabila mengungguli Masters Indonesia, minggu lalu.
Minggu 05 (28 Jan 2025) Ranking Dunia BWF Beregu Lelaki 02 Goh/Izzuddin 05 Chia/Soh 12 Man/Tee (+1) 17 Arif/Yap (+3) 26 Choong/Haikal (-3) 27 Azriyn/Tan (+2) 29 Ong/Teo (-2) 42 Low/Ng (+1) Kemaskini Ranking Dunia BWF pic.twitter.com/a06NPUy7Yh
— ShuttleHard (@ShuttleHard) January 27, 2025
Minggu 05 (28 Jan 2025) Ranking Dunia BWF Beregu Wanita 05 Tan/Thinaah (+2) 48 Go/Teoh (+18) Kemaskini Ranking Dunia BWF oleh #ShuttleHard pic.twitter.com/q1v9tQuwhY
— ShuttleHard (@ShuttleHard) January 27, 2025
Topic Berkaitan
#Man Wei Chong-Tee Kai Wun
#badminton
#ranking dunia BWF
#BWF
#Pearly Tan-M Thinaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan