Torres hampir pasti ke Brazil

Astro Awani
Mei 31, 2014 07:12 MYT
Fernando Torres (baju merah)
Torres menyempurnakan sepakan penalti ketika membantu Sepanyol menang 2-0 ke atas Bolivia di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla, awal pagi tadi.
Del Bosque melahirkan kepercayaannya kepada penyerang Chelsea itu selepas seminggu mengumpulkan para pemain.
"Malam ini seperti latihan kepada pemain.
"Saya percayakan Fernando Torres dan sebab itu saya membawanya. Dia telah menunjukkan sesuatu yang bagus dan saya lega dengan corak permainannya (bertemu Bolivia)."
Del Bosque turut mengakui Jesus Navas mungkin terpaksa digugurkan kerana kurang beraksi akibat masalah kecederaan walaupun sudah pulih.
#Brazil #Fernando Torres #Piala Dunia #sepanyol