SUKAN
Torres jaringkan dua gol, Barcelona mudah tundukkan Getafe 3-0
Ferran Torres muncul wira apabila meledak dua gol untuk membantu Barcelona meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Getafe pada Ahad. - Gambar Reuters
BARCELONA: Ferran Torres muncul wira apabila meledak dua gol untuk membantu Barcelona meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Getafe pada Ahad, manakala Dani Olmo turut mencatat nama selaku penjaring dan pemberi umpan dalam aksi cemerlang skuad kendalian Hansi Flick itu.
Kemenangan tersebut mengekalkan rekod tanpa kalah Barca di tangga kedua La Liga dengan 13 mata, dua mata di belakang pendahulu, Real Madrid yang mengekalkan rekod sempurna lima kemenangan berturut-turut selepas menewaskan Espanyol pada Sabtu.
Torres membuka jaringan seawal minit ke-15 hasil gerakan pasukan yang menarik, sebelum menyudahkan hantaran daripada Olmo menewaskan penjaga gol David Soria.
Penyerang Sepanyol itu sekali lagi mencetak nama pada minit ke-34 selepas berjaya meloloskan diri daripada perangkap offside untuk menerima hantaran Raphinha, sebelum melepaskan rembatan kemas ke penjuru kiri gawang.
Olmo melengkapkan pesta jaringan pada minit ke-63 menerusi sepakan sekali sentuh dari dalam kotak penalti selepas menerima hantaran silang tepat daripada Marcus Rashford.
Selepas ini, Barcelona akan berdepan Real Oviedo di tempat lawan pada Khamis, manakala Getafe yang kini di kedudukan kelapan bakal melayan kunjungan Alaves pada Rabu. - Agensi